Monday, September 17, 2012

TEKS PENGACARAAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA IPG



TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA MELAYU

25 FEBRUARI 2008
DEWAN BESAR NIK MUHYIDIN MUSA
2.30 Petang

P1
Azman
PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid
Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor,
diiringi oleh Yang Berusaha Tn.Haji Sasman bin Yassir,
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor dan
Yang Berusaha Pn.Maisarah Binti Yaacob,
Ketua Jabatan Pengajian Melayu.



P2
Cikgu













Azman
NYANYIAN  NASYID DAN LAGU INSTITUT
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Majlis kita akan dimulakan dengan Nyanyian Nasyid Asma Al-Husna dan Nyanyian Lagu Institut Perguruan Islam.

Untuk itu, pihak majlis memohon para hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan Lagu Nasyid ini diikuti Lagu Institut  sebagai tanda kecintaan, hormat dan setia kepada Institut Tercinta.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk.








Azman





Cikgu











PRA ALUAN



Selamat petang kami ucapkan
Para hadirin semua jemputan;
Selamat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.


Di majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdulillah;
Madah ini pembuka wadah,
Semoga majlis dikurniakan limpah.














Cikgu
SALUTASI

Bismillah…

1.Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid
Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor


2. Yang Berusaha Tuan Haji  Sasman Bin Haji Yassir
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor

3. Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Merangkap Pengerusi Minggu Bahasa Melayu Institut Perguruan Islam Selangor, 2008.

4.Yang Dihormati Ketua-Ketua Jabatan.Ketua-Ketua Unit

5.Pensyarah-Pensyarah Kanan

6.Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut, 2008

7.Para pensyarah, pelajar-pelajar,
seluruh warga Institut Perguruan Islam Selangor,

Hadirin dan hadirat sekalian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Azman
UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan Besar Nik Muhyidin Musa, Institut Perguruan Islam Selangor, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutupan Minggu Bahasa dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan Islam Selangor, Tahun 2008.

Cikgu

















Azman
BACAAN DOA SELAMAT

Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka jalan petang yang istimewa ini majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati  Saudara Ahmad Munsif bin Ismail, Ketua Unit Pengucapan Umum, PERBAYU untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih diucapkan kepada Sdr. Ahmad Munsif bin Ismail.







Cikgu














Azman

















Cikgu






Azman








Cikgu














Cikgu






Azman









Cikgu
UCAPAN PENGERUSI MINGGU BAHASA MELAYU

Hadirin yang dimuliakan ,

Petang yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai petang dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu.

Apa kata kita hayati pesanan tinta refleksi daripada Yang Berusaha Pengerusi Minggu Bahasa .

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Islam Selangor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sirih sekapur anugerah mesra,
Lipatan gemilang mengisi puan;
Menyusur agenda pemula cerita,
Madah berbisik dek kata aluan.
(dibaca semasa berjalan naik ke pentas)

Dipersilakan

(Ucapan Alu-aluan)

Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti;
Ucapan pesanan indah bernilai
Akan sentiasa kekal di hati.
(Dibaca semasa turun dari pentas)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
UCAPAN PERASMIAN MAJLIS
Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita terus beranjak maju.
Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap apa yang ada dalam pendakian dan  penghargaan di majlis ini, melalui ucapan Perasmian Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan seterusnya Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan Islam, 2008, yang akan dijana oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

Apalah bulan tanpa berbintang,
Malamkan suram kelam bersemi;
Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang datang merasmi.
(Dibaca ketika VIP berjalan naik ke pentas)
Dipersilakan.
(ucapan pengarah)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi  penghargaan atas janaan kesempurnaan ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk menyempurnakan atur cara simbolik penutupan dan pelancaran. 

SIMBOLIK PENUTUPAN
Demikianlah simbolik berakhirnya Penutupan Minggu Bahasa Melayu apabila terpadamnya cahaya itu tadi.Sementara keris pula sebagai simbol kekuatan perjuangan memperkasa dan memartabatkan Bahasa Melayu.



-Pengarah menutup Lampu gasolin
-Pelajar menyerahkan keris
-Keris dibawa keluar dari dewan.
Azman
SIMBOLIK PELANCARAN
Berikut pula sedang berlangsungnya simbolik Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut 2008.Majlis seterusnnya mempersilakan Yang Berbahagia  Tuan Pengarah untuk memulakan upacara menyemat Logo Kempen Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut pada salah seorang wakil pelajar.Para hadirin diminta menyemat logo masing-masing yang telah diedarkan pada awal majlis tadi.


-Pengarah memotong reben
-Pemasangan lencana dengan nyanyian lagu
“Budi Bahasa Budaya kita”




Cikgu
PERSEMBAHAN PELAJAR

Hadirin yang dimuliakan,
Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan juara-juara. Dipersembahkan khas buat meraikan semua warga IPIS yang masih berhimpun setia di sini.

Untuk itu, dipersilakan Juara Pidato Bahasa Melayu sempena Minggu Bahasa 2008,

Dari Kumpulan PISMP semester 1 kuliah 1.02

Saudara Mohd. Illias bin Md. Yunus dengan tajuk pidatonya, ‘Berbudi Bahasa Berpekerti Mulia”

Dipersilakan.

(Pidato)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

2. Persembahan Nyanyian Rakyat.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan pula Juara Pertandingan Nyanyian Rakyat bagi kategori, lelaki.
Terdiri daripada _________anggota dengan diketuai oleh saudara______________________
Dipersilakan, kumpulan daripada gabungan pelajar-pelajar PPPRP4T .
Tinggi-tinggi si burung tempua,
Tinggilah lagi harapan di hati;
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembah kita hayati.

Dipersilakan.
Cikgu
PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN HADIAH
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita akan diteruskan dengan atur cara penyampaian cenderamata dan hadiah.

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah Institut Perguruan Islam untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Maisarah Binti Yaacob,Ketua Jabatan Pengajian Melayu.
 Dipersilakan.




1.Para Hakim
Majlis mempersilakan Yang dimuliakan Puan Hajah Faridah binti Hashim,Ketua Jemaah Hakim sempena program Minggu Bahasa Melayu.


Azman







Cikgu





A




C



Azman



C




A




Cikgu




C




C





Azman




C



A




CIKGU
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG
Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan yang sudi menaja hadiah kepada pemenang-pemenang.


1.PERTANDINGAN GALAH PANJANG
dipersilakan NAIB JOHAN kumpulan KPLI 1.01
JOHAN, kumpulan PPPRP4T



2.PERTANDINGAN GUBAHAN
Tempat ketiga, KPLI kumpulan 1.01
Naib johan, kumpulan PPISMP 2.01
Johan, PISMP 1.07

3.PERTANDINGAN CONGKAK
Naib johan, kumpulan PPISMP 2.06
Johan, KPLI 1.14

4.PERTANDINGAN SEPAK RAGA BERKAIN PELEKAT
Naib Johan, Kumpulan PISMP 1.03
Johan, kumpulan PPP RP 4T

5.PERTANDINGAN GELEK RING
Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.08
Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T
Johan, Kumpulan KPLI 1.14

6.PERTANDINGAN TARIK UPIH
Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.01
Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T 3.02
Johan, kumpulan PISMK 5.03

7.PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF
Ketiga, saudara Muhamad Azman b Azahar,PPISMP 2.05
Naib Johan, Mariam bt Robe,kuliah PISMK 5.02
Johan, Mohd Fahizan Mohd Isa,Kuliah PISMP 1.04

8.PERTANDINGAN PENULISAN RENCANA
Ketiga, Nurul Ain bt Mohamad Roslan,PISMP 1.04
Naib johan, Naqiah bt Nordin,PISMP 1.01
Johan,Muhamad Azman bin Azahar,PPISMP 2.05

9.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT PEREMPUAN
Naib johan,PISMP 1.08
Johan, ppismp 2.01



10.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT LELAKI
Naib johan, PISMP 1.02
Johan, PPP RP 4T

11.PERTANDINGAN PUISIDRA
Ketiga,Pismp 1.01,bertajuk Puteri Hang Li po
Naib johan, pismp 1.07,bertajuk Bidasari
Johan,pismp 1.02,Suara Si Kecil

12.PERTANDINGAN PIDATO
Ketiga,saudari Siti Hajar,PPISMP 2.04
Naib johan,Nurul Amira Hidayah,PPISMP 2.0
Johan,Mohd Illias Mat Yunus,PISMP 1.02

13.PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN
Berikut akan diumumkan pemenang pertandingan Bahas Ala Parlimen
Naib Johan dimenangi oleh___________________
Johan disandang oleh_________________

Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang
Azman
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI
Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir menyempurnakan majlis kami pada petang ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan  mempersilakan, Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian Melayu menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

Adat melayu budaya dijulang,
Tetamu bertandang diberikan bingkisan;
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaran.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
Cikgu










Azman





Cikgu











UCAPAN PENUTUP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat  atas sokongan anda semua bagi menjayakan Minggu Bahasa Melayu dan kini, marilah kita bersama-sama menjayakan pula Bulan Berbudi Bahasa. 

Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid,Pengarah Institut Perguruan Islam yang sudi memeriahkan majlis kita hari ini.

Dan saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut 2008, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Akhir kata daripada kami,

Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Lautan mana tidak bergelora,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

3 comments:

  1. mantap!!!!!!!!11
    lepas ni tinggi rating blog ni..
    ramai search cari text mc..
    terus masuk mahsuri book of record..

    ReplyDelete
  2. hahaha....tnjuk ajar roomate saya yg cute!

    ReplyDelete