Saturday, January 7, 2012

“PERSAMAAN & PERBEZAAN SISTEM POLITIK BARAT & ISLAM”


1.0         PENDAHULUAN
Pemerintahan Barat telah dicanang oleh Amerika Syarikat sebagai bentuk organisasi politik paling baik untuk seluruh dunia dengan tidak mengambilkira perbezaan tamadun. Ia sepatutnya berasaskan pemerintahan rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat tetapi hakikatnya, ia bertentangan sama sekali. Ia adalah pemerintahan segelintir, untuk segelintir dan oleh segelintir yang mengawal sumber ekonomi negara. Noam Chomsky, ahli bahasa, ahli falsafah dan penganalisis politik terkenal dunia, sewaktu syarahan semasa kunjungannya ke India menyatakan bahawa Amerika Syarikat bukanlah demokrasi dan tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. Beliau memanggilnya poliarki di mana sektor kecil penduduk mengawal pembuat keputusan penting untuk ekonomi, sistem politik, sistem budaya dan sebagainya.
Dalam pemerintahan Islam, institusi bukan kerajaan telah wujud sekian lama. Dengan semangat fastabiqul khairaat, merekalah yang memenuhi pelbagai keperluan masyarakat yang serba rencam dan tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan. Institusi wakf adalah bentuk inisiatif rakyat yang pertama yang membekalkan perkhidmatan, yang kini diambil alih oleh negara. Wakaf diwujudkan untuk membekalkan makanan kepada golongan fakir miskin, pendidikan, membuat dan membaiki jalan, membina masjid, kolej dan sekolah serta membantu golongan kurang upaya mengerjakan haji. Semasa zaman Uthmaniah terdapat yayasan bagi melindungi haiwan.
            Terdapat juga persatuan bagi para pandai tukang dan mahir yang membekalkan pendidikan dan latihan kemahiran pertukangan. Sepanjang zaman colonial, juga selepas ada kolonialisasi, institusi bukan kerajaan memainkan pernan yang penting dalam pendidikan dan kebajikan kepada rakyat. Oleh itu adalah suatu tanggapan salah untuk menyamakan masyarakat sivil (madani) dengan sekularisme dan mengatakan ia tidak sesuai dengan Islam.
Oleh itu, sangat jelas dan nyata terhadap perbezaan antara dua sistem politi antara politik Islam serta sistem politik Barat.


2.0         PENGERTIAN/KONSEP POLITIK
Istilah politik berasal daripada istilah Yunani ‘polis’ yang membawa maksud negara kota. Aristotle merupakan orang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dunia ilmu menerusi bukunya ‘Politics’ yang ditulis lebih kurang pada tahun 300 S.M. menurut Aristotle (300 S.M), politik adalah berhubung dengan kehidupan di dalam negara kota. Dalam konteks sekarang, negara kota adalah sebuah negara yang moden. 
Ramai sarjana politik mentakrifkan politik dari sudut perkaitannya dengan negara. Ini kerana sesebuah negara mempunyai sistem pemerintahannya tersendiri dan memiliki corak politik yang berbeza dari negara-negara lain. Menurut Raphel (1970), politik adalah apa sahaja mengenai negara.  Ini menunjukkan politik merangkumi semua aspek dalam pemerintahan sesebuah negara.
Menurut Lord Butler (1940-an), politik ialah satu seni serba kekurangan dan menurut Hitler (1940-an), politik ialah satu seni berkenaan pengelutan hidup sesuatu bangsa di dalam mempertahankan kewujudannya di muka bumi. Menurut kedua-dua tokoh sarjana politik ini, dapat dinyatakan bahawa istilah politik itu begitu rumit pengertian dan maksudnya,tidak semudah menyebut perkataannya.
Di sini dapat disimpulkan bahawa, politik merupakan bolehlah disimpulkan sebagai satu fenomena yang ditemui di dalam dan di antara beberapa individu, kumpulan, institusi (formal atau tidak formal) dan masyarakat yang merangkumi kehidupan sivil dan persendirian  manusia. Ianya ditemui di dalam semua bentuk perhubungan, instititusi dan struktur yang terlibat di dalam semua bentuk aktiviti kerjasama, perundingan, dan pergelutan ke atas sumber-sumber yang diperlukan di dalam aktiviti tadi.





3.0         PENGERTIAN  POLITIK MENURUT BARAT.
Menurut Aristotle (1986), politik sebagai ratu segala jenis sains. Menurut Oakeshott (1956), politik adalah satu aktivitui untuk mencapai satu peraturan umum ke atas sejumlah orang yang secara kebetulan ataupun atas pilihannya telah dibawa untuk berada bersama-sama. Menurut Morganto (1975), politik adalah pertarungan untuk mendapatkan kekuatan dan kekuasaan. Pengertian menurut Harold Lasswell (1970), politik adalah kekuasaan atau wibawa yang dapat menentukan; orang yang berhak mendapatkan apa? Bila? Dan bagaimana?
Selain itu, pengertian menurut William Robinson (1970), Ilmu politik berguna untuk mempelajari tentang kekuasaan dalam masyarakat. Juga berguna untuk mengetahui dasar-dasar kekuasaan, tujuan, target, dan hasil yang akan diperoleh.(Andyka (2008),http://andhyka-nailul.blogspot.com/2009/08/bedah-buku.html dilayari pada 13 Januari 2010  )

Menurut Goodin (1969) dalam buku A New Handbook of Political Science, politik dapat diertikan sebagai penggunaan kekuasaan sosial secara paksa. Jadi, ilmu politik dapat diertikan sebagai sifat dan sumber paksaan itu serta cara menggunakan kekuasaan sosial dengan paksaan tersebut.
Menurut Bluntschli, Garner dan Frank Goodnow menyatakan bahwa ilmu politik adalah ilmu yang mempelajari lingkungan kenegaraan. Menurut Seely dan Stephen Leacockn (1969), ilmu politik merupakan ilmu yang serasi dalam menangani pemerintahan. Disamping itu golongan pemikir Prancis seperti Paul Janet menyikapi ilmu politik sebagai ilmu yang mengatur perkembangan Negara begitu juga prinsip- prinsip pemerintahan, ( Achmad Reza (2009)
http://sospol.pendidikanriau.com/2009/10/definisi-ilmu-politik-sebelum.html dilayari pada 13 Januari 1010   )




4.0         PENGERTIAN  POLITIK MENURUT ISLAM.
Menurut Abdul Hamid Muhammad Al-Ghazali (300 S.M), politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara member petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatakn mereka di dunia dan di akhirat. Menurut Mohd Ridhuan Tee (1994), politik adalah melibatkan kehidupan manusia di dunia yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan bernegara, cara-cara mendapatkan kuasa, pengaruh dan lain-lain lagi.
Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam (http://ms.wikipedia.org/wiki/politikislam dilayari pada 20 Januari 2010 ). Selain itu, menurut Zainal Abidin Ahmad (1977), politik ialah ilmu penerintahan atau ilmu siyasah, iaitu ilmu tata Negara. Perkataan politik ini telah diterima oleh kebanyakan bahasa di dunia pada masa kini. Ini bererti ia merupakan istilah antarabangsa yang difahami oleh kebanyakan bangsa di dunia. Pengertian konsep politik atau siyasah dalam umat islam berbeza dengan pengertian konsep yang digunakan oleh Barat. Menurut Zainal Abidin Ahmad (1977) lagi, perkataan siyasah yang digunakan dalam bahasa-bahasa yang menerima Islam seperti  bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia adalah berasal daripada bahasa Arab Perkataan ini telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia sejak kedatangan Islam lagi (abad ke-15).
Menurut Lukman Thaib (446 H), mengatakan ulama-ulama Islam yang hidup di abad yang kesembilan belas kebanyakkannya telah menterjemahkan perkataan ‘polis’, ‘politique’ dan politics secara harfiah sahaja ke dalam bahasa Arab yang disebut sebagai siyasah. Kedudukan yang sebenarnya adalah berlainan dengan kandungan yang sebenar yang terdapat dalam konsep perkataan siyasah menurut Islam. Ini kerana di dalam kontek Islam, konsep siyasah yang sebenarnya meliputi berbagai macam aspek politik. Sarjana Islam yang tergolong dalam golongan Ikhwan as-Safa telah membahagikan kadungan pekataan siyasah itu kepada lima bahagian iaitu : al-Siyasah an-Nabawiyah (Politik para nabi), al-Siyasah al-Mulukiyyah (Politik kerajaan), al-Siyasah (Politik para nabi), al-Siyasah al-Mulukiyyah (Politik kerajaan), al-Siyasah al-Ammah (politik kerakyatan), al-Siyasah al-Khassah (politik khusus), dan al-Siyasah az-Zatiyyah (poitik peribadi). Kesimpulanya, melihat kepada princian yang luas itu membolehkan kita membuat suatu kesimpulan bahawa apa yang dimaksudkan dengan perkataan politik dalam konsep Barat adalah merupakan satu aspek dari perkataan siyasah di dalam politik Islam.































5.0         ASAS-ASAS POLITIK
5.1         Barat
5.1.1     Perlembagaan
Menurut C.A. Leeds (1968), bahawa dalam membentuk satu pentadbiran di Barat dan juga kawasan Eropah, satu penggubalan Perlembagaan adalah model asas dalam pemerintahan dan juga pentadbiran. Perlembagaan ini menjadi satu rujukan bagi menyelesaikan pelbagai perkara demi keharmonia rakyat. Di sini jelas kelihatan bahawa perbezaan yang jelqas dalam dua sistem pemerintahan ini.
Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip dasar yang mengasaskan sesebuah negara. Ia juga dianggap sebagai mencorakkan bentuk pemerintahan yang diperkenalkan serta menyatakan adat proses perundangan di negara Barat khususnya walaupun kebanyakan Negara lain termasuk Negara Islam mengguna pakainya. Ia adalah satu sistem undang-undang yang dirangka dan dibentuk oleh manusia. Oleh itu, terdapat pelbagai masalah dalam sistem perlembagaan pada beberapa perkara.
Pada abad ke 18, tujuan utama perlembagaan dibuat diragui sama ada ia jujur atau tidak ataupun sama ada ia diperkenalkan hanya untuk kepentingan golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun, keadaan ini sudah berubah dan ramai mula yakin terhadap kesungguhan perlembagaan.
Pada dasarnya, kita dapat melihat bahawa perlembagaan wujud melalui asas kepercayaan kepada kebebasan yang menyebabkan manusia cenderung kepada penyalah gunaan kuasa. Bagi kebanyakan manusia yang bebas, dia tidak mempunyai nilai dan tidak berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan. Oleh itu, perlembagaan telah memutarbelitkan ideologi liberalisme, individualisme, dan rasionalisme yang menyebabkan kebebasan individu bertukara menjadi kebebasan yang dikawal oleh undang-undang. Seandainya pembuatan perlembagaan dikatakan sebagai proses yang berterusn, ini adalah bukti bentuk kerajaan pada hari ini.

5.2         Islam
5.2.1     Syariah
Syariah merupakan asas kedua bagi pemerintahan atau politik Islam. Oleh sebab Allah merupakan pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini, dialah juga yang paling arif tentang segala keperluan yang dapat menyempurnakan kejadian ciptaan-Nya aiitu alam amnya dan manusia khasnya. Salah satu penyempurnaan alam dan manusia ialah peraturan atau undang-undang yang menetapkan perjalanan alam yang dikenali sebagai syariah islamiyah. Syariah islamiyah merupakan undang-undang yang terbaik untuk manusia kerana ia digubal oleh pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan dalam ayat yang berikut:
“Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?...” (Surah al-Baqarah : 107)
“...serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya...”(Surah al-Furqan:2)
5.2.2     Aqidah
Aqidah Islamiyah ialah tunjang pemerintahan atau politik Islam yang paling utama. Berasaskan aqidahlah pemerintahan atau politik Islam dibina. Aqidah Islamiyah menjelaskan bahawa hak pemerintahan sebenarnya merupakan hak mutlak Allah s.w.t. Hal ini bertitik tolak daripada hakikat bahawa alam dan segala jenis isi kandungannya merupakan ciptaan Allah s.w.t dan Dialah pemiliknya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud :
“dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar...” (Surah al-An’am)
“...katakanlah, “Allah jualah yang menciptakan sesuatu, dan Dialah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.” (Surah al-Ra’d: 16)

6.0         SUMBER-SUMBER PEMERINTAHAN
6.1         Barat
6.1.1     Republik
Ketua Negara kerajaan yang bercorak republik adalah presiden. Jawatan presiden bukan diwarisi seperti dalam sistem monarki, tetapi dipilih oleh rakyat jelata. Ketua republik tidak memegang jawatan tersebut seumur hidupnya. Beliau hanya memegang jawatan itu sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan. Kadang-kadang ketua republik hanya memegang jawatan sebagi ketua negara.
Kadang-kadang ketua republik hanya memegang jawatan sebagai ketua negara, iaitu bidang kuasanya tidak melebihi raja berperlembagaan. Contoh ketua republik sedemikian adalah India, Jerman Barat dan beberapa buah negara lain. Terdapat juga corak pemerintahan republik di mana presiden atau ketua republik memegang dua tugas iaitu sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di Amerika Syarikat , di Perancis, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara. Namun demikian, terdapat juga perdana menteri yang menjalankan tugas sebagi ketua kerajaan. Presiden pula bertindak sebagai penasihat kepada penubuhan mana-mana dasar kerajaan.
5.2.2 Monarki
Monarki adalah sebuah kerajaan yang diketuai oleh raja. Corak pemerintahan jenis ini sudah lama diperkenalkan. Namun demikian, corak pemerintahan ini agak berkurangan kini dan hanya sebilangan negara sahaja yang mengamalkan corak pemerintahan yang mutlak. Antara negara-negara yang masih mengekalkan sistem ini ialah Arab Saudi, Brunei Darussalam, dan beberapa buah negara di Asia Barat.
Di kebanyakan negara sistem ini sudah pun mengalami perubatan dan sekatan-sekatan yang tertentu sudah pun diperkenalkan agar raja hanya memainkan peranan pada upacara-upacara rasmi sahaja dan tidak lagi memegang kuasa mutlak. Keadaan sedemikian telah berlaku di kebanyakan negara-negara Eropah seperti Great Britian, Sweden, Norway, Belanda dan lain-lain. Keadaan sedemikian juga telah berlaku di negara Thai, Jepun dan juga Malaysia.
Raja yang dilantik mewarisi jawatannya berdasarkan keturunan. Raja diberikan penghormtan yang tinggi dan dianggap sebagai orang atau lembaga yang berdaulat. Raja juga dianggap sebagai lambang keadilan dan baginda ditugaskan mengiktirafkan semua undang-undangyang diperkenalkan.
Dalam hal menguruskan pentadbiran negara, raja dibantu oleh perdana menteri. Dengan kata lain, perdana menteri bertindak sebagai ketua kerajaan dan raja bertindak sebagai ketua negara. Namun demikian, peranan yang dimainkan oleh raja kadangkala mempengaruhi keadaan politik. Ini dapat dilihat, misalnya, di negara Thai di mana raja mempunyai prestasi yang tinggi dan rakyat pula lebih yakin kepada raja mereka daripada perdana menteri. Tambahan pula pengiktirafan Raja Thai di mana raja mempunyai prestasi yang tinggi dan rakyat pula lebih yakin kepada raja mereka daripada perdana menteri. Tambahan pula pengiktirafan Raja thai adalah perlu sebelum seseorang perdana menteri dapat memerintah terutama semasa berlakunya rampasan kuasa. Di Great Britian juga demikian Ratu Elizabeth dianggap sebagai lebih matang dan dihormati kerana sifat-sifat yang mulia.
Corak pemerintahan beraja kini lebi tersekat dari segi bidang kuasanya. Jika dibanding dengan perdana menteri bidang kuasa mereka adalah kecil dan semata-mata memenuhi keperluan upacara rasmi dan hanya sebagai simbol negara sahaja. Di kebanyakan negara sistem ini telah pun dihapuskan dan pemerintahan seperti ini disebut republik.

5.2.3 Autokrasi
Sistem pemerintahan autokrasi adalah disifatkan sebaagi pemerintahan oleh seseorang atau satu parti. Ia dapat disifatkan dengan melihat pengumpulan kuasa dalam satu pusat, aiitu sama ada seorang, satu organisasi atau satu kumpulan kuasa. Pusat penumpuan kuasa tersebut mungkin menggunakan sepenuh kuasanya tersebut mungkin menggunakan sepenuh kuasanya untuk menekan segala tentangan terhadapnya. Ia juga menghadkan tindakan-tindakan oleh pihak tertentu yang mungkin mengancam kedudukan serta kepentingan pemerintah.
Pusat penumpuan kuasa tersebut kepada kuasa sama ada sah atau tidak semata-mata untuk menjalankan kegiatannya. Ia juga berupaya menghadkan segala penentangan terhadapnya. Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang tidak mengamalkan sistem autokrasi ia menghadkan penglibatan rakyat dalam kegiatan politik. Sistem pemerintahan autokrasi juga tidak membenarkan perkembangan berbagai-bagai kepentingan atau pertubuhan yang bercanggah dengan kerajaan atau pemerintahan. Pemegang kuasa, walau bagaimanapun tidak terhad dalam penggunaan kuasanya oleh perlembagaan. Bangkangan terhadap pemerintahan tidak dibenarkan dan dianggap tidak sah.
Dalam menentukan kebaikan dan keburukan pemerintahan sesebuah negara kita hendaklah meneliti terlebih dahulu corak-corak pemerintahannya dan sejauh mana ia telah mempengaruhi dan melaksanakan tugas-tugas sebagai pemimpin. Memang  telah menjadi kebiasaan bahawa setiap pemerintah akan mengahadapi suasana yang kadangkala boleh menyebabkan rakyat berpihak kepadanya dan kadangkala boleh menyebabkan pemerintah yang zalim dan mementingkan diri sendiri. Dalam corak pemerintahan negara-negara autokrasi terdapat banyak keburukan daripada kebaikan sistem pemerintahannya.
6.2         Islam
6.2.1     Al-Quran
Menurut Dr. Mat Saad Abdul Rahman (1977), menjelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama dan terpenting bagi pemerintahan atau politik Islam. Al-quran yang terdiri daripada 6666 ayat itu membicarakan tentang segala aspek kehidupan manusia. Namun demikian, al-Quran tidak membicarakan tentang hal politik Islam secara terperinci. Hanya perkara pokok atai prinsip umum sahaja yang dibicarakan meliputi kekuasaan mutlak Allah s.w.t, pemerintahan sebagai amanah kepada manusia, pengendalian pemerintahan melalui syura, tugas pemerintah, tanggungjawab rakyat dan sebagainya.
Menurut Dr.Mat Saad Abdul Rahman (1984) lagi, ayat yang disebut dalam Surah an-Nisa’,ayat 58 hingga 59 menjelaskan tentang tiga perkara iaitu:
a)    Ketua Negara Islam sebenarnya merupakan pemegang amanah Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Dengan amanah itu, dia bertanggungjawab untuk melaksanakan syariah Islamiyah dan berusaha untuk kesempurnaan hidup rakyat.
b)    Badan kehakiman pula bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan dalam kalangan rakyat.
c)    Rakyat pula bertanggungjawab untuk menumpahkan segala kesetiaan dan ketaatan kepada ketua Negara kerana dia merupakan pemegang amanah Allah s.w.t dan Rasul-nya.

6.2.2     Al-Sunnah
Al-Sunnah ialah segala yang datang daripada Rasullah s.w.t sama ada perkataan, perbuatan atau perakuan baginda. Ia merupakan sumber pemerintahanna atau politik Islam yang kedua selepas al-Quran. Al-Quran menggariskan prinsip pemerintahan Islam secara umum dan al-Sunnah merupakan pentafsirnya. Ia merealisasikan apa-apa yang digariskan oleh al-Quran. Justeru itu, kedudukan al-Sunnah sebagai sumber pemerintahan politik Islam tidak dapat dipertikaikan.
            Al-Sunnah merakamkan proses kelahiran Negara Islam sepenuhnya yang bermula dengan dakwah secara sulit setelah Rasullah s.a.w menerima wahyu dari Allah s.w.t perkara-perkara yang dititikberatkan ialah ajaran aqidah dan akhlak iaitu jiwa, menguatkan peribadi dan mementingkan kebajikan jama’ah mengatasi diri sendiri. Mereka yang menjadi sasaran utama dakwah Rasullah s.a.w pada peringkat ini ialah isteri, keluarga dan sahabt baginda yang terdekat.

“KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA”


1.0         PENGENALAN
Rakyat Malaysia bertuah kerana tinggal dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai  kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama.Kestabilan yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
 Masyarakat pelbagai kaum menjalin bekerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjanjikan persekitaran negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Untuk mencapai keadaan yang sebegini, rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat tranformasi dalam usaha mencapai persefahaman yang jitu ke arah memupuk perpaduan kaum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga  membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara  iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada  ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.
Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa  tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan  semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada  peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan  memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan   seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.




















2.0       PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan  setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan  tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina  kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan  PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam  pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini.
Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan  tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses  pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus  telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.
Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan.
Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini  tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi  berdarah.
Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke  beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di  Malaysia kelika itu.
Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan  Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah  bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan  masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini  bererti  bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga  rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai  matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan  kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai  modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau  masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.
3.0       RANCANGAN / DASAR KERAJAAN DALAM EKONOMI DAN PENGLIBATAN ETNIK
Menurut Shamsul Amri Bharuddin (2007) mentafsirkan,  dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan-perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960 -an dan 1970-an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan sesuai  dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor  pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menjelang tahun 1980-an dan  1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar  telah digubal, seperti dasar  Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembgan ekonomi dunla pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas dasar -dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara.
3.1       Isu-isu Utama Ekonomi
Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya  berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan  menurut golongan etnik.
3.2       Pertumbuhan dan Agihan
Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Isu agihan   kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, Apa  yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat Di Malaysia, Isu agihan pendapatani ni dapat dilihat dari dua sudu pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.
Peranan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi negara adalah antara sumbangan mereka yang terpenting. Hal ini telah diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran Cina. Misalnya, Sir Francis Light (seorang pegawai atasan British yang mengasaskan Pulau Pinang sebagai jajahan British) pernah mengatakan pada tahun 1794 bahawa orang Cina adalah antara aset terpenting jajahan mereka kerana ketekunan mereka serta kebolehan mereka menguasai pelbagai bidang. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa orang Cina ialah penduduk yang dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British.
3.3       Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kepada sektor-sektor swasta.Dasar tersebut adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan iaitu satu prosese yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan hal ini dalam ucapan perasmian persidangan The Securities Indusrty in Malaysia pada 28 April 1984.
Tujuan utama,kerajaan telah membelanjakan ribuan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan,pertahanan,air,elektrik,jalan,kereta api,pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.Perbalanjaan tersebut meningkat daripada semasa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah sangat  rendah.Dengan menjalankan dasar ini,kerajaan dapat menguangkan beban kewangan dan pelaburan dan pentadbiran kerajaan.
Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaan  awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada pihak kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang ada dapat nieningkatkan kecekap.an, pencapaian dan kualiti perkhidmatan.
Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan cekap dan sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat diwujudkan dan secara tidak |angsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara, Di samping itu, kerajaan juga dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan daripada syarikat-syarika berkenaan.
Tujuan keempat, iaitu mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam ditentukan berdasarkan pertimbangan bahawa lebih banyak penglibatan kerajaan  dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara.Keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan juga biasanya tidak berasaskan  pertimbangan ekonomi pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut berasaskan subsidi dan sumber yang ada tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang mengutamakan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan tersebut tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, tujuan kelima cukup penting untuk  diperhatikan. Melalui proses penswastaan, kerajaan .dapat menggalakkan lebih banyak penyertaansyarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru. Golongan Bumiputera juga akan lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perlndustrian. Tidak sedikit pihak yang bimbang terhadap pelaksanaan Dasar Penswastaan. Misalnya, terdapat pihak yang bimbang akan wujud keadaan monopoli akibat  pemindahan hak milik national monopoli daripada sektor awam kepada syarikat swasta. Perpindahan hak milik tersebut itu juga dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak sama rata disebabkan oleh pemonopolian tersebut, Namun demikian, sehingga kini Dasar Penswastaan  telah menunjukkan hasil yang positif sebagaimana yang digariskan dalam tujuan pelaksanaan dasar tersebut.
3.2       Industri Automobil Nasional dan Penglibatan Etnik
Pada awal tahun 1980-an, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri Automobil Nasional .Program Ini dilaksakanmelalui usaha sama dengan syarikat permotoran Jepun, iaitu Mitsubishi,program  ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat pemindahan teknologi moden,pada masa yang sama industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara yang betujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara. Namun demikian secara tersirat industri automobil nasional  diharapkandapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor  perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil  khususnya Program Industri Automobil Nasional dimulakan dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) pada 7 Mel 1983 dengan modal berbayar sebanyak RMI50 juta.
Bermula dari tarikh tersebut PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang menjadi pemegang saham utama (70 peratus), serta rakan-rakan usaha sama, Iaitu Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15 peratus) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15 peratus).Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komerslal model kereta nasional yang pertama, iaitu Proton Saga dllancarkan.
Bagi memastikan kejayaan program industri automobil nasional, kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme termasuk duti eksais. Setelah 20 tahun berlalu, kini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global, Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pengguna. Secara khusus Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa matlamat,iaitu:
i. Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan,   khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional
ii.   Menjadikan Malaysia sebagal hub automotif serantau
iii Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik
iv. Meningkatkan  jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsa
v. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif  tempatan
vi.Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segl nilai wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.
Apa yang jelas ialah Dasar Automotif Negara telah menyatakan keinginan untuk meningkatkan penglibatan Bumlputera dalam sektor autonriotlf. Namun tidak dapat dipastlkan dengan terperinci sejauhmana pencapaian golongan Bumiputera dalam  industri automotif. Walau bagaimanapun kita dapat mengandaikan bahawa penglibatan golongan Bumiputera dalam sektor automotif cukup menggalakkan. Andaian tersebut cukup berasas memandangkan PROTON telah mewujudkan sejumlah rangkaian perkhldmatan yang menyokongnya. Dilaporkan bahawa terdapat 24 pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan. Menurut catatan rekod, lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan .melalui PROTON, PROTON sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion dalam pasaran tempatan dan menggajikan seramai 9,500 orang. Dianggarkan 100,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan oleh PROTON, yang termasuk vendor, pekerja luar negara, dan mereka yang bekerja di sektor Industri sampingan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa sektor industri automotif negara telah menjadi wadah kepada penglibatan golongan bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.
3.3       Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial (social engineering) yang digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam pendapatan, gunatenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat 'serampang dua mata dalam DEB,pelbagai rancangan dan pembangunan diimplimentasikan oleh kerajaan ke arah melahirkan golongan usahawan di kalangan  bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan 'Malay middle class' setanding dengan masyarakat bukan Melayu yang telah lama menguasai sektor perdagangan dan perindustrian negara. Hal  ini penring dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan perpaduan  kaum dari sudut ekonomi dan sekali gus mengurangkan jurang  ekonomi antara kaum.
DEB dan matlamatnya adalah berasaskan kepada prinsip perpaduan negara. Ini jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diperjelaskan lagi dalam Rukunegara iaitu satu ideologi negara yang telah diterima secara sepakat dalam Majlis Perundingan Negara - sebuah badan yang diwakili oleh pelbagai kumpulan masyarakat yang ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. la bertujuan membincangkan masalah-masalah perpaduan negara serta mencari jalan ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu padu. Rukunegara, yang menekankan penghayatan bersama objektif-objektif dan nilai-nilai murni negara oleh semua rakyat, juga menetapkan prinsip-prinsip asas untuk membimbing rakyat dan negara ke arah tanggungjawab membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, adil dari segi ekonomi dan sosial, liberal dan bersatu padu.
DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama. Tempoh 20 tahun dijadikan tempoh perancangan DEB dalam mencapai matlamat menjelang tahun 1990 (Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie (1994). Berikut merupakan rancangan pembangunan yang telah diadakan sejak selepas kemerdekaan dicapai:
             [1] 1956-1960Rancangan Malaya Pertama
             [2J 1961-1965Rancangan Malaya Kedua
            [3] 1966-1970Rancangan Malaysia Pertama
                        [4] 1971-1975Rancangan Malaysia Kedua
                         [5] 1976-1980Rancangan Malaysia Ketiga
            [6] 1981-1985Rancangan Malaysia Keempat
                         [7] 1986-1990Rancangan Malaysia Kelima
                         [8] 1991-1995Rancangan Malaysia Keenam
                         [9] 1991-1995Rancangan Malaysia Ketujuh

3.4       Membasmi Kemiskinan
Menurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang,perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkat  persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. Begitu juga dengan pasukan polis dan angkatan tentera di mana orang  bukan Melayu tidak tertarik untuk menyertainya.
Just Faaland (1991) diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga  dilakukan oleh golongan perdagangan dan industri yang dikawal oleh  orang bukan Melayu dan dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bidang perniagaan, bank Inggeris dan bank Cina enggan melayan orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam bidang pekerjaan swasta pula, orang  Melayu disekat oleh keatamaan dan halangan suku kaum, bahasa dan budaya. Pekerjaan di bandar yang bukan merupakan jawatan kerajaan seperti pekerjaan buruh kasar yang paling rendah sahaja ditawarkan kepada orang Melayu . Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Keadaan kemiskinan terdapat di semua kawasan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar dan melibatkan semua kumpulan tanpa mengira kaum.
Menurut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) oleh sebab kemiskinan boleh menghancurkan perpaduan negara, maka pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat DEB Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dinyatakan bahawa punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan yang produktif. Ini telah mengakibatkan berlakunya pengangguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Kemiskinan di kampung pula berpunca daripada tanah yang tidak subur, tidak sesuai dan kekurangan kaedah cara moden.Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk  membasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawitdan kelapa,nelayan dan pekerja ladang.
            Antara usaha yang dijalankan adalah:
(a)       Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan produktiviti rendah sama ada di bandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi pengangguran.
(b) Mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk  mengurangkan paras    pengangguran dan seterusnya mencapai  tingkat gunatenga penuh.
(c)       Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik
(d)       Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup  golongan miskin di luar bandar dan bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan rekreasi.
(e)       Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindustrian negara.
(f)       Menstruktur pola guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum (Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991).


3.4       Penyusunan Semula Masyarakat
Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.
Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk menguatkan dan mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan. Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi luar bandar dengan mengavval pengangkutan luar bandar dan pengilangan beras dan .Beberapa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar.
Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut:
(a)       Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar;
(b)       Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini;
(c)        Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.
(b)       Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk;
(d)       Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.
Menurut Ishak b Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun 2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera.Berhubung dengan penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.
3.5       Dasar Ekonomi Baru Penting Ke Arab Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi
Sebenarnya, pihak kerajaan telah menjangka keciciran ekonomi Melayu jika sebarang tindakan tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil o!eh kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas Mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkompromi di dalam politik yang akhirnya telah mendorong kepada pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah;
1.    Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program -program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.
Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebih  tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.
2. Menurut Ahmad Idris (1988) penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti Bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat Industri dan Komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.
Dasar-dasar yang dirangka dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen serta kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat Melayu yang bersedia ke arah membentuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan kegiatan keusahawanan.
Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992)  relevannya, DEB yang mempunyai agenda 'serampang dua mata' bukan setakat menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang pentingnya ia menandakan satu titik permulaan baru orang-orang Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian serta kegiatan keusahawanan. Hakikatnya, konsep keusahawanan telah wujud sejak dua ratus tahun dahulu dan ia lebih tertumpu di Britain dan Jepun. Pada awalnya,usahawan telah diwakiii oleh golongan saudagar yang dianggap kelas bawahan tetapi akhirnya ia berubah kepada satu golongan yang berpengaruh berteraskan industri dan komersil. Oleh hal demikian, untuk memajukan satu masyarakat yang berteraskan industri dan komersil, pengertian konsep keusahawanan adalah satu syarat mutlak
Dalam menyusuri sejarah perkembangan usahawan Melayu dapat dirumuskan bahawa pencapaian mereka adalah kurang berjaya. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kegagalan untuk mencapai 30% sasaran penguasaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian di kawasan kajian sebagaimana yang dicatatkan dalam Rancangan-rancangan Malaysia. Secara makronya; pengwujudan 30% Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam Rancangan-rancangan Malaysia hanyalah sekadar teori kerana sepanjangtempohpelaksanaan DEB (1970-1990) masih menggambarkan bahawa pencapaian penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih berada di tahap yang kurang membanggakan. Keadaan ini membawa kepada permasalahan pencapaian pemilikan modal antara syarikat-syarikat bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya syarikat milik Cina.
Apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan modal Cina telah meningkat selepas tamatnya DEB pada tahun 1990 sebaliknya sasaran kerajaan untuk memiliki 30% pemilikan saham tidak kesampaian walaupun bantuan, galakan dan insentif kerajaan lebih menjurus kepada usahawan Melayu.
Ditinjau pada dimensi yang lain pula, orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang rancak digiatkan sejajar dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dalam DEB mahupun DPN. Meninjau kepada perspektii kegagalan pencapaian pengusaha-pengusaha kaum bumiputera
Melayu, antara yang dominan adalah kurangnya komitmen mewujudkan satu budaya niaga (business culture) di kalangan orang-orang Melayu. la secara tidak langsung menyumbang ke arah iinplikasi yang negatif dalam usaha membentuk satu MPBB yang berwibawa. Program untuk membangunkan MPPB lebih memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ramai usahawan bumiputera yang berdikari, yang berdaya tahan dan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing secara berkesan dalam perniagaan tempatan dan antarabangsa. Usahawan bumiputera perlu menerap nilai dan etika perniagaan yang baik supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdikari.
Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) bagi memajukan lebih ramai usahawan bumiputera, program pembangunan vendor dan francais sedia ada akan diperkukuh serta diperluaskan.Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-90), kerajaan memberi tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Di samping itu, usaha peningkatan kerjaya profesional diperhebatkan serta meletakkan profesion usahawan sebagai kerjaya yang mencabar dan menguntungkan.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990 yang pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Sementara DPN pula menetapkan 'Pembangunan Seimbang' sebagai falsafah pembangunan dengan menekankan pencapaian matlamat-matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan mapan dan pertumbuhan sektor-sektor utama seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Strategi DPN secara terperinci terangkum dalam rancanganpembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Menurut Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh (1994) Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000) menunjukkan bahawa ekonomi negara memasukifasa kedua selepas Rangka Rancangan Malaysia Keenam (RME) 1991-1995, maka penyediaan RMT adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan RME dan bertujuan untuk membawa negara ke abad ke-21 dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, teras pembangunan dalam tempoh RMT adalah berlandaskan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang termaktub dalam pembentukan DPN. la memberi perhatian khusus terhadap dasar dan strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan di samping mencari hasil pertumbuhan ekonomi negara untuk diagihkan secara saksama di kalangan rakyat semua kaum, negeri, bandar dan luar bandar. Berdasarkan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM162.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan keseluruhan sektor awam bagi tempoh 1996-2000. Hakikatnya, masyarakat Melayu telah lama mengenal perubahan dari segi sejarahnya hasil dari pertemuan dengan unsur kebudayaan, ekonomi, agama, penjajahan mahupun kemerdekaan.
Menerusi perspektif tersebut, masyarakat Melayu kini mula terasa bahawa mereka ketinggalan berbanding negara-negara yang mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan berada di peringkat pemodenan yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hasil dari keinsafan ini beberapa iangkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu dengan melaksanakan DEB mahupun rancangan- rancangan pembangunan Malaysia. Sepanjang pelaksanaan DEB, secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan sosioekonomi orang Melayu. Antara faktor yang menentukan aliran ini adalah perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.Di samping itu, terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam pelaksanaan DEB iaitu lahirnya golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap 'istimewa' sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam bidang perniagaan dan perusahaan serta menikmati kemudahan yang diberikan seperti lesen dan pinjaman perniagaan.
Golongan menengah Melayu secara kumpulannya, meningkat dari segi kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Sebagai wakil kaum Melayu mereka ini sedang mengalami proses konsolidasi untuk mempertahankan dan memperbaiki kedudukan mereka secara persendirian mahupun secara kumpulan. Perkembangan ini mewujudkan kuasa kewangan di kalangan mereka dan ia dapat menentukan pendidikan generasi masa hadapan.
Menurut Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) sementara golongan Melayu ini berperanan di dalam perniagaan dan perusahaan, pada penghujung tahun 60-an, bandar-bandar besar Malaysia mula membangun dan aliran pembangunan yang pesat mula dikesan. Tidak lama selepas pelancaran DEB, bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menghadapi 'property boom' dan menarik ramai golongan Melayu di bandar terhadap peluang kekayaan melalui pemilikan dan spekulasi tanah bandar. Apakah keadaan ini dapat melahirkan golongan usahawan di kalangan orang-orang Melayu berpandukan kelebihan pemilikan tanah atau mereka hanya berfungsi sebagai masyarakat 'statik' dengan memberi laluan kepada kaum asing mengembangkan perekonomian negara? Oleh hal demikian, masyarakat Melayu menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan serta membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian seterusnya memenuhi matlamat DEB yakni menyusun semula masyarakat. Antara rancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) lalah mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggunjawabkan untuk mencapai matlamat mempertingkatkan kedudukan kaum Melayu dari segi kedudukan ekonomi.
Tugas pertama MARA ialah memberikan pendidikan dan latihan, bantuan teknik dan kewangan, menubuhkan perusahaan baru dan memberi khidmat pengurusan. Kedua, MARA berperanan aktif dalam projek perniagaan dan perindustrian secara bersendirian atau usahasama dengan modal tempatan dan asing. Penyertaan ini bertujuan untuk memindahkan hak milik kepada golongan usahawan Melayu.Rasionalnya; pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat pemerintah untuk melahirkan golongan usahawan Melayu dan menjamin agar ekonomi Melayu cidak ketinggalan. Menurut  Anuwar Ali &C Rajah Rasiah, 1996: 82, kejayaan DEB dan usaha membangunkan ekonomi Melayu sebenarnya bergantung penuh pada bangsa Melayu itu sendiri.
Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) tegasnya, orang-orang Melayu tidak seharusnya menggunakan 'hak-hak istimewa' Melayu berlandaskan undang-undang mahupun akta-akta yang memihak kepada bangsa Melayu sehingga tidak mampu mengembangkan potensi ekonomi. Kebanyakan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Melayu masih menggambarkan jurang yang besar. Umpamanya; daripada bilangan lesen yang dikeluarkan pada tahun 1976, hanya 14.9% dimiliki oleh kaum bumiputera. Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan harus digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu yang ingin mempertingkatkan graf pencapaian dalam perekonomian setanding dengan kaum-kaum asing di negara ini.
Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB dapat menyusun semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang bertapak di bandar dan ia meningkat dalam sektor ekonomi moden seperti perkilangan dan perkhidmatan di bandar. Penyertaan golongan pemodal Melayu dalam sektor perindustrian amat kurang, kerana sebelum tahun 1957 pihak penjajah tidak memberikan sebarang sokongan institusi yang berkesan kepada orang Melayu untuk bergiat dalam perniagaan apatah lagi dalam sektor perindustrian.
Apa yang wujud hanyalah perniagaan dan perindustrian bersifat kecil-kecilan dan tidak mampu melahirkan golongan usahawan Melayu yang bersifat korporat.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dengan harapan dapat menambah penyertaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Dari aspek perindustrian, strategi terpenting adalah meningkatkan peranan IKS terutama melahirkan golongan usahawan Melayu yang benar-benar tulen dan dinamis.
Sejajar dengan itu, beberapa kementerian terutamanya Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Awara menyokong pengembangan industri kecil-kecilan terutama yang ditubuhkan oleh pemodal Melayu mahupun bumiputera. Kegiatan mereka merangkumi berbagai-bagai bidang, antaranya bantuan kewangan, teknologi,perkhidmatan dan pengurusan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digubal memberikan tumpuan kepada pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Menurut Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3, 1992: 251, DPN menjelaskan bahawa pemilikan ekuiti tidak mencukupi untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Oleh hal demikian, penekanan perlu dialihkan kepada penyusunan semula dan segi gunatenaga dan pengurusan.. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah orangorang Melayu masih menghadapi masalah yang agak kritikal dalam usaha menempatkan diri mereka dalam kelompok usahawan yang berjaya. Perubahan paradigma ke arah mewujudkan satu MPPB akan memberi nafas baru kepada orang-orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka serta memberi sumbangan positif ke arah pembangunan negara.







4.0       PENUTUP
Integrasi ekonomi antara kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu dan masyarakat Cina dapat dipupuk menerusi perkongsian kemakmuran yang dijana oleh pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Perkongsian ekonomi yang dicetuskan melalui pembukaan pasaran dapat mengikat keserasian dan tolak ansur ekonomi yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga dapat mengendurkan jurang di antara golongan kaya dan miskin. Falsafah pembangunan dalam dasar- dasar kerajaan seperti DEB dan DPN adalah untuk mencapai matlamat keseimbangan pencapaian ekonomi di kalangan kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu yang suatu ketika dahulu dianggap terpinggir dalam arena perdagangan dan perniagaan yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina.
Namun, selepas hampir 50 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan keadaan pencapaian masyarakat bumiputera Melayu khususnya golongan usahawan Melayu dalam bidang perniagaan boleh dibanggakan berdasarkan penglibatan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Usahawan bumiputera turut menerima konsep perkongsian perniagaan dengan masyarakat bukan bumiputera dengan tujuan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan.Perkongsian kemakmuran ini adalah interpretasi kepada 'win- win situation' di kalangan etnik pelbagai kaum yang akhirnya mendapat manfaat bersama dalam konteks ekonomi negara. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi secara tidak langsung dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.(Tiada penulis,  http://www.PISMPSEM3/ HBGNETNIK.com.)