Friday, March 4, 2011

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS KOT IPG KPI


7.45 a.m
KEHADIRAN VIP
SALUTASI

Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar Bin Ahmad,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail
Ketua Unit GERKO IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang dihormati,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-Ketua Unit,

Pensyarah-pensyarah kanan,

Para pensyarah,

AJK Kejohana Olahraga Tahunan,

Seterusnya, para pelajar sekalian,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
ALU-ALUAN MC
Dari Stadium Khalid Al-Walid IPG KPI membawa anda ke “Kejohanan Olahraga Tahunan Bagi Tahun 2011”.
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam kerana datang memeriahkan kejohanan olahraga tahunan kita pada hari ini dengan bermottokan “ Sukan Menjana Satu Malaysia”.

8.00 a.m
PERARAKAN RUMAH-RUMAH SUKAN
(MC B.M)
8.20 a.m
IKRAR
Seterusnya, kita akan dengarkan bacaan ikrar Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 yang akan diketuai oleh Saudara Muhammad Khalil bin Md Yusop, Exco Sukan dan Rekrreasi JPP. Dipersilakan.
 (BACAAN IKRAR SELESAI)
Terima kasih diucapkan.
8.25 a.m
PENERANGAN GIMIK
Untuk makluman tuan –tuan dan puan-puan sekalian, persembahan gimik itu tadi bermaksud...(ada dalam teks maksud gimik)
8.35 a.m
JAMUAN VIP/BERSURAI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan Olahraga Tahunan kita akan dimulakan dengan acara Balapan Perempuan, untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Tuan Timbalan Pengarah diiringi oleh tetamu jemputan untuk meninggalkan stadium....dipersilakan...
12.45 tgh hari
KATA-KATA ALU-ALUAN
UCAPAN KETUA UNIT GERKO
Selamat datang diucapkan sekali lagi  kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2011. Setelah tamatnya acara balapan dan sukaneka sebentar tadi, maka kita akan mulakan agenda olahraga kita dengan Ucapan Ketua Unit Gerko. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail,
Ketua Unit GERKO untuk menyampaikan ucapan beliau, dipersilakan...
UCAPAN TIMBALAN PENGARAH
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Seterusnya, kita teruskan dengan ucapan ucapan timbalan pengarah. Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar Bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
PENYAMPAIAN HADIAH
(KHEMAH & PERBARISAN)
Seterusnya, kita teruskan dengan majlis penyampaian hadiah, untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail, Ketua Unit GERKO diiringi oleh
Yang dihormati, Tuan Haji Rusly bin Abdullah, Setiausaha 1 KOT 2011
Dipersilakan...
PENYAMPAIAN HADIAH
(OLAHRAGAWAN TERBAIK, OLAHRAGAWATI TERBAIK, KEDUDUKAN RUMAH)
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah bagi Olahragawan Terbaik, Olahragawan Terbaik dan Pengumuman Kedudukan Rumah masing-masing.
Majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia, Tuan haji Anwar bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG KPI diiringi oleh
Yang Berusaha, En.Ya’akub bin Ismail, Ketua Unitb GERKO IPG KPI untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan.

HADIAH KEPADA TIMBALAN
Sebagai tanda kenang-kenangan kejohana olahraga tahunan 2011 kepada tetamu jemputan, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang berusaha, En. Ya’akub bin ismail ,Ketua Unit GERKO diiringi oleh Yang dihormati, Tuan Haji Rusly bin Abdullah, Setiausaha 1 KOT 2011 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia,  Tuan Timbalan Pengarah. Dipersilakan...
GIMIK
(Dalam teks-akan dibuat)
BACAAN DOA
Untuk memberkati kejohanan olahraga tahunan kita pada hari ini majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd. Asyraaf Azhar Nor Adzman, Naib Exco Dakwah, Kerohanian dan Kepimpinan JPP untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan...
NEGARAKU
Seterusnya, kita akan menyanyikan lagu negaraku. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk sama berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku sebagai tanda kasih dan cinta kepada tanah air . dipersilakan...
BERSURAI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan Olahraga Tahunan kita sudah sampai dipenghujungnya,  terima kasih diucapkan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KOT pada tahun ini, untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Tuan Timbalan Pengarah diiringi oleh tetamu jemputan untuk meninggalkan stadium....dipersilakan...

1 comment:

  1. Assalam, izinkan saya menggunakan teks di atas sebagai rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete