Wednesday, March 9, 2011

CONTOH TEKS MC SEMINAR- BIG


UCAPAN ALU-ALUAN

Tatang puan tatang cerana,
  Tatang duduk Seri Rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
 Datang duduk bersama-sama.

Yang berusaha,
Dr.Mohd Husin b Mohd Yusof,
Ketua Jabatan Hal Ehwal  Pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Yang dihormati,
Pn.Normah bt Abd.Samad
Unit Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Yang dihormati,
Tn.Hj.Kamaruddin Amir
Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad Cawangan Putrajaya.

En.Abd.Rahman Khamis
Pegawai Jabatan Pemasaran

En.Mohd.Rizal bin Mohd.
Eksekutif Kanan Unit Mingguan Saham Amanah

Pn.Hanim Abdullah
Eksekutif ASNB Putrajaya 

Para naqib dan naqibah

Seterusnya,

Peserta-peserta Bina Insan Guru Fasa 2 2009

Assalakm dan salam ceria..!


UCAPAN PENGACARA MAJLIS

Hadirin dan hadirat,

 Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izinNya, membolehkan kita berkumpul pada pagi ini.

 Pihak majlis mengucapkan ,terima kasih dan mengalu-alukan, kehadiran hadiran-hadirat ke “Seminar Perancangan Kewangan” anjuran Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM-KPI.




BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita dimulakan dengan bacaan doa,untuk itu marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh saudara Mohd.Mumtaz bin Harun, Naib Exco Dakwah dan Kerohanian JPP Sesi 2009/10. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan...




KATA-KATA ALU-ALUAN OLEH KJ HEP

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan  ucapan alu-aluan daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Untuk itu, majlis menjemput dan Yang berusaha, Dr.Mohd.Husin b Mohd.Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan...



UCAPAN PEMBUKAAN OLEH ASNB

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya, majlis beranjak maju dengan ucapan pembukaan seminar dengan menjemput dan mempersilakan Yang dihormati Tn.Hj. Kamaruddin Amir, Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad Cawangan Putrajaya. Dipersilakan...

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderamata daripada pihak IPGM-Kampus Pendidikan Islam kepada dif-dif jemputan yang hadir. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Dr.Mohd Husin b Mohd.Yusof diiringi oleh
Yang dihormati,Pn.Normah bt Abd.Samad

Majlis mempersilakan,

 Tn.Hj.Kamaruddin Amir
Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad Cawangan Putrajaya.

En.Abd.Rahman Khamis
Pegawai Jabatan Pemasaran

En.Mohd.Rizal bin Mohd.
Eksekutif Kanan Unit Mingguan Saham Amanah

Pn.Hanim Abdullah
Eksekutif ASNB Putrajaya 


SLOT 1 BERMULA

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati,
En.Abd.Rahman Khamis
Pegawai Jabatan Pemasaran
 untuk memulakan sesi seminar dengan tajuknya Perancangan Kewangan. Majlis menjemput dan mempersilakan...


SLOT 2 KUIZ

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, En.Mohd.Rizal bin Mohd.
Eksekutif Kanan Unit Mingguan Saham Amanah untuk sesi kuiz.

BERSURAI

Bertiup bayu dipantai indah,
  Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
  Jangan menjadi bekalan pulang.

Hadirin dan hadirat,

Majlis menjemput dan mempersilakan,









Untuk meninggalkan dewan...

Dan kepada peserta-peserta BIG
 Anda dijemput menjamu selera diluar dewan...
Terima kasih....

8 comments:

  1. teks ni sedkit sbnyak membantu jgak laa sy nk buat teks ucapan.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. teks ini dapat membantu sy...minta izin 'copy'...terima kasih

      Delete
    2. diizinkan..=)..ilmu perlu dikongsi,gud luck!

      Delete
  2. Terima kasih berkongsi. Doakan sy untuk majlis yang akan berlangsung pada 24/05/14 ni :)

    ReplyDelete
  3. amat membantu dalam membuat teks untuk pengacara majlis.mohon copy

    ReplyDelete