Tuesday, March 15, 2011

HANYA PERKONGSIAN “KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA”

1.0         PENGENALAN
Rakyat Malaysia bertuah kerana tinggal dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai  kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama.Kestabilan yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
 Masyarakat pelbagai kaum menjalin bekerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjanjikan persekitaran negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Untuk mencapai keadaan yang sebegini, rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat tranformasi dalam usaha mencapai persefahaman yang jitu ke arah memupuk perpaduan kaum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga  membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara  iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada  ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.
Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa  tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan  semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada  peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan  memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan   seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.




















2.0       PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan  setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan  tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina  kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan  PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam  pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini.
Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan  tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses  pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus  telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.
Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan.
Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini  tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi  berdarah.
Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke  beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di  Malaysia kelika itu.
Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan  Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah  bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan  masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini  bererti  bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga  rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai  matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan  kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai  modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau  masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.
3.0       RANCANGAN / DASAR KERAJAAN DALAM EKONOMI DAN PENGLIBATAN ETNIK
Menurut Shamsul Amri Bharuddin (2007) mentafsirkan,  dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan-perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960 -an dan 1970-an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan sesuai  dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor  pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menjelang tahun 1980-an dan  1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar  telah digubal, seperti dasar  Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembgan ekonomi dunla pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas dasar -dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara.
3.1       Isu-isu Utama Ekonomi
Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya  berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan  menurut golongan etnik.
3.2       Pertumbuhan dan Agihan
Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Isu agihan   kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, Apa  yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat Di Malaysia, Isu agihan pendapatani ni dapat dilihat dari dua sudu pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.

No comments:

Post a Comment