SKRIP PENYAMPAIAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA KEPADA
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
1. PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN,
KETIBAAN RAJA SEHARI / KEDUA-DUA MEMPELAI
DIIRINGI OLEH PUTERI-PUTERI COMEL
BUNGA KEMBANG BERSERI,
KUMBANG YANG TERBANG TERHENTI,
GERBANG BUNGA MOLEK MEMAGARI,
DUA PENGANTIN DIIRINGI PUTERI.
BUAH MANGGA MASAKNYA RANUM,
MASAK DIPERAM DI DALAM RAGA,
KUMBANG DAN BUNGA BERLALU TERSENYUM,
KITA MEMANDANG TUMPANG KETAWA.
2. DUDUK DI PELAMIN
KEDUA PENGANTIN MENJELING TAK SUDAH,
SAMBIL TERSENYUM, MANIS KEDUANYA,
AYAH BERUNTUNG, BONDA BERTUAH,
DAPAT MENANTU MANIS ORANGNYA.
DUDUK ELOK MENYUSUN JARI,
KERLING MENGERLING PANDANGAN MESRA,
SUDAH DICARI SERATA ALAM,
DI ATAS PELAMIN BERTEMU HATI,
CANTIK BERSERI MEMERCAP CINTA,
CINTA KASIH PUN DUDUK DIAM.
JELINGAN BAGAI KILAU KILAT,
SENYUMAN PENAHAN PETIR,
APA DINANTI APA DIHAJAT,
DI SINI BERMULA KASIH BERGILIR.
3. UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG
BUNGA ANGGERIK KEMBANG BERSERI
KEMBANG MENGHIASI PERKARANGAN ISTANA
DIHARUMI PULA KEMBANG KENANGA
SELAMAT DATANG KE MAJLIS INI
MERAIKAN MAJLIS KITA BERSAMA
BERSYUKUR DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA.
4. PROTOKOL WELCOMING
TERLEBIH DAHULU MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT, TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN SEKALIAN KEMAJLIS PERKAHWINAN ______________________________. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
5. BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIMULIAKAN…..
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI ATURCARA MAJLIS HARI INI IALAH BACAAN DOA SELAMAT.
MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN____________________________________
UNTUK MENERAJUI DOA SELAMAT SEBAGI PERMINTAAN HAJAT DAN RESTU, AGAR MAJLIS KITA LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
AMIN...AMIN YA RABBAL A’LAMAIN.
SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS GILANG-GEMILANG INI AKAN LEBIH DIBERKATI HENDAKNYA.
6. ACARA PERSEMBAHAN ‘SILAT PENGANTIN’
SESUNGGUHNYA, PERKAHWINAN MERUPAKAN SAAT PALING INDAH YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH SETIAP PASANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN.
PERTEMUAN ANTARA DUA HATI INI MENJANJIKAN IKATAN KEMESRAAN DAN KASIH SAYANG YANG HARMONI DAN DIBERKATI.
BAGI MERAIKAN PAHLAWAN GAGAH DAN SERIKANDI INI, TERIMALAH “SILAT PENGANTIN” YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH_____________________________ DIPERSILAKAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
7. UPACARA BERSALAMAN DENGAN PENGANTIN
SEBELAH LELAKI
1.
2.
3.
4.
5.
SEBELAH PEREMPUAN
1.
2.
3.
4.
5.
8. PENGANTIN TURUN KE MEJA UTAMA
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA, MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA RAJA SEHARI TURUN DARI SINGGAHSANA KE MEJA UTAMA UNTUK AGENDA SETERUSNYA.
TURUNLAH TURUN TUANKU DAN PEMAISURI
LANGKAH MELANGKAHLAH BERHATI-HATI
JARI BERKAIT TAUTAN HATI
SEIA SEKATA KASIH TERMETRI
PUTIH, EMAS DAN JUGA KUNING
JADI HIASAN DEWAN MAHKOTA
JALAN BERSAMA GANDING SEIRING
MOGA TAK LUNTUR MAHKOTA CINTA…
9. JAMUAN MAKAN BERMULA
MENGAMIN SUDAH, MEMOHON PUN SUDAH
MENJAMAH JUADAH YANG BELUM LAGI ……..
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN ____________________________________
DIF-DIF KEHORMAT DAN ISTERI SERTA TETAMU-TETAMU YANG DIRAIKAN, UNTUK MEMULAKAN SENTUHAN SUTERA MENIKMATI SAJIAN YANG ADA.
SAJIAN DI MEJA LAMA MENANTI,
MENGANCAM SELERA SEDARI TADI,
SILAKAN TUAN RAPATKAN DIRI,
MENJAMAH SAJIAN DEK SENTUHAN BESTARI.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
10. ACARA SELINGAN
SEMENTARA HADIRIN MENIKMATI JUADAH YANG DISEDIAKAN.
APAKATA KITA TERUSKAN MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN SELINGAN SEBAGAI SANTAPAN HALWA TELINGA.
SESUNGGUHNYA SENI WARISAN PUSAKA BANGSA
TAK LUPUT DITELAN ZAMAN,
TAK LEKANG DIKEKANG PERUBAHAN.
UNTUK ITU TERIMALAH PERSEMBANGAN
_________________________________________________
____________________________________________________ ____________________________________________________
TINGGI-TINGGI SI BURUNG TEMPUA,
TINGGILAH LAGI HARAPAN DI HATI,
SELAMAT MENONTON BUAT SEMUA,
HIBURAN DIPERSEMBAH KITA HAYATI ……
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN __________________
11. UCAPAN TERIMA KASIH / UCAPAN PERKAHWINAN
AGENDA BERALIH SUSUN CARA BERGANTI
MENANTI DI HALUAN KINI IALAH UCAPAN TERIMA KASIH KERAIAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH AYAHANDA KEPADA PENGANTIN LELAKI.
MUNGKIN MASIH ADA CERITA YANG BELUM DIHABISKAN. . BARANGKALI PULA MASIH ADA KISAH YANG BELUM DITAMATKAN..
TENTUNYA ADA RIWAYAT YANG MAHU DISELAMPITKAN. . .
DAN BOLEH JADI MASIH ADA PESANAN YANG MAHU DISAMPAIKAN. .
MAJLIS DENGAN PENUH HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA _______________ UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN ALUAN BERGEMA SUDAH
UNGKAPAN KATA BERBAHASA INDAH
MAKSUD DAN TUJUAN SUDAH TERSERLAH
MELENYAPKAN PERTANYAAN HATI NAN GUNDAH
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PADA YANG BERUSAHA ___________
ATAS KESEMPURNAAN JANAAN UCAPAN ALU-ALUAN BELIAU SEBENTAR TADI.
12. UPACARA MEMOTONG KEK
SUDAH KE PENGHUJUNG RUPANYA KITA
BAGAI TAK TERASA MASA BERLARI PANTAS
BAGAI TAK TERASA SIANG SEMAKIN PETANG
YA … MACAM MANA MATA TAK LAYU
KERANA PERUT BERISI SUDAH
TAPI, MACAM MANA TAK TERTUNGGU-TUNGGU
KEK YANG MOLEK BELUM DIBELAH
KINI, TIBALAH SAAT KEMUNCAK. MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA- DUA PENGANTIN BARU UNTUK NAIK SEMULA KE PETERNA INDAH BAGI UPACARA MEMOTONG KEK.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
PISAU DIANGKAT, TANGAN DIGENGAM
KATA SEPAKAT, JIWA TENTERAM
KILAU SEPOTONG MENYIMPAN PISAU
KEK SEPOTONG MENYIMPAN GULA
MANIS GULA,
CANTIK DAN MANIS LAGI PENGANTIN KITA.
(KEPADA SAUDARA MARA & SAHABAT HANDAI YANG INGIN MENGAMBIL POTRET KEDUA-DUA MEMPELAI KETIKA SAAT INI SEBAGAI TANDA KENAGAN, DIPERSILAKAN .
13. PENGANTIN KELUAR KE PINTU UTAMA
SAMPAI DI SINI MAJLIS AKAN SEGERA DIAKHIRI
KENANGAN DAN MEMORI YANG TERCATAT SEBENTAR TADI SEMOGA DIBAWA BERSAMA MIMPI BAHAGIA DI MALAM HARI
SEBELUM MAJLIS MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN BEREDAR KE PINTU UTAMA, MAJLIS MEMOHON KEHALUSAN BUDI BICARA TETAMU-TETAMU DI MEJA UTAMA UNTUK BEREDAR TERLEBIH DAHULU.
DAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG- KENANGAN DARIPADA KELUARGA PENGANTIN SUDILAH TERIMA TITIPAN CENDERA KENANGAN BAK KATA PEPATAH MELAYU
ADAT MELAYU BUDAYA DIJULANG,
TETAMU BERTANDANG DIBERIKAN BINGKISAN,
SEBELUM PULANG DITINGGALKAN BALASAN,
UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN UNTUK BEREDAR MENINGGALKAN PENTAS DAN BERGERAK KE LALUAN PINTU UTAMA.
KERLINGAN MANJA MENGGEGAR ASTANA
HATI TERPAUT DISUSUL IKATAN
MESRA YANG TERJALIN
KASIH YANG BERTAUT
GERAK SEIRING MENGHALA BAHAGIA
INI JANJI TUHAN
BUNGA DAN KUMBANG BERSATU JODOH
MESRA DAN SAYANG DUDUK BERSIMPUH
BUKAN BISIKAN ANGIN
BUKAN RANGKAIAN MAINAN LIDAH
INI KENYATAAN
BUNGA TERSENYUM INDAH
KUMBANG PUN BERMADAH:
DARI KEDAH KE BANYUWANGI
PAKAI BAJU SUTERA KERAWANG
JIKALAU KEMBANG ASALNYA WANGI
SAMPAI LAYU TIDAK DIBUANG
SESUNGGUHNYA,
GITAR TAK AKAN BERSUARA TANPA JARI
BULAN TAK AKAN PURNAMA TANPA MATAHARI
RENUNGLAH . . . RENUNGLAH . . . RENUNGLAH
SEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH S.W.T
DAN SEGALA YANG KURANG ATAU KELEMAHAN
ADALAH DARI KAMI INSAN BIASA
MEMOHON DAN MEMBERI MAAF
SEBELUM MENGUNDUR DIRI SAMBUTLAH SALAM MANIS UNTUK SEMUA DAN DISUDAHI DENGAN LAFAZ SUCI. . .
WABILLAH HITAUFIK . . . WALHIDAYAH . . .
WASSALAMUALAIKUM . . . WARAHMATULLAH . . . HIWABARAKATUH.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Salam.
ReplyDeleteMohon share. terima kasih kerana sudi memberi tips & share untuk mereka yang bakal & ingin menjadi juruacara sesebuah majlis perkahwinan.
Semoga beroleh keberkatan daripada-Nya. Amin
Terima kasih.