Masa | Cue | Tindakan | |
7.30 | - Kehadiran pelajar - Kehadiran pensyarah | Meminta pelajar dan pensyarah mengambil tempat. | |
7.45 | -Kehadiran VIP | Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Tn.Hj Amin b Mohd.Rashid Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam Diiringi oleh, Yang Berusaha, Puan.Hajjah Marinal bt Husin Timbalan Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam... | |
7.48 | -VIP & tetamu berdiri | (Nyanyian-Asma Ul-Husna, Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Institut) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk. | |
8.00 | -VIP & tetamu duduk SALUTASI | SALUTASI Selamat datang pemanis kata, Lafaz bismillah kalimah mulia, Tuan diundang merai bersama, Bertambah seri itulah hendaknya. Yang Berbahagia, Tn.Hj Amin b Mohd.Rashid Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam, Yang Berusaha, Puan.Hajjah Marinal bt Husin Timbalan Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam, Yang diraikan, Tn.Hj Muhammad Faizal b Abdullah, Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Yang dihormati, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 Majlis Ketua-ketua Kuliah, Seterusnya, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera... | |
8.02 | -Ucapan alu-aluan MC | UCAPAN PENGACARA MAJLIS Hadirin yang dimuliakan, Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana limpah dan inayah-Nya dapat juga kita berkumpul di dataran GERKO IPG-Kampus Pendidikan Islam untuk menjayakan Majlis Persaraan Pensyarah Peringkat IPG-Kampus Pendidikan Islam’ . | |
8.04 | Doa | Hadirin dan hadirat, Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis akan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan, Saudara Mohd.Khairul Azuan b Abdullah, Ketua Biro Exco Dakwah & Kerohanian JPP 2010/2011, untuk membacakan doa... | |
8.06 | Pengisytih araan JPP 2010/2011 | Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan daripada Naib YangdiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011. Untuk itu, majlis menjemput Saudara Bukhari b.......,Naib YangdiPertua JPP 2010/2011 untuk menyampaikan ucapan beliau,dipersilakan. | |
8.08 | Majlis Persaraan | ||
8.11 | Tanda-tangan Serahan & Terima Tugas | majlis diteruskan dengan Majlis menandatangani surat ikrar Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Dengan itu, majlis dengan hormatnya menjemput Yang dihormati, Dr.Ismail b Abbas,Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral dan Yang dihormati, Ust Abdul Ra’ani bin Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi saksi kepada majlis ini. Majlis dimulakan dengan menjemput, Saudara Hafizul Husni b Alias, Yang diPertua Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 diiringi oleh, Saudara Mohd.Shahrin b Shamsuddin, Mantan Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010. (TANDATANGAN) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang dihormati, Dr.Ismail b Abbas, Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral dan Yang dihormati, Ust Abdul Ra’ani bin Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi saksi kepada majlis ini. | |
8.16 | Penyerahan watikah | Tuan-tuan & Puan-puan sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian portfolio dan sijil perlantikan kepada semua ahli Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. Dengan itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amin B. Mohd Rashid Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam, diringi oleh Yang berusaha, Pn.Hajjah Marinal bt Husin, Timbalan Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam untuk naik ke pentas. Dipersilakan... (BACA SENARAI NAMA AHLI EXCO JPP) | |
8.21 | Ikrar | Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 yang akan diketuai oleh Saudara Hafizul Husni b Alias , selaku Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011. Majlis mempersilakan... (BACAAN IKRAR) (*VIP akan berdiri dahulu sewaktu terima ikrar) Demikianlah bacaan ikrar daripada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 (JPP 08/09 mengambil tempat) | |
8.24 | Ucapan YDP | Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Marilah sama-sama kita mendengar ucapan pembukaan wadah kepimpinan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. Majlis dengan ini menjemput saudara Hafizul Husni b Alias, Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan… |
8.30 | MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN | |
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Tirai majlis Perlantikan Exco JPP 2010/2011 telah dilabuhkan, agenda majlis diteruskan lagi dengan Majlis Persaraan Yang dihormati,Tn.Hj .Muhammad Faizal b Abdullah , Pensyarah dari Jabatan Teknologi Pendidikan. | ||
8.31 | P’sembahan Pwr Point | Majlis mempersembahkan tayangan multimedia (BACA MAKLUMAT DIRI) |
8.35 | Ucapan Penyerahan tugas | Majlis diteruskan dengan ucapan Yang diraikan, Tn.Hj.Faizal b Abdullah.untuk itu, majlis mempersilakan... (UCAPAN) Majlis mengucapkan terima kasih. Kasih mana orang baru, Kasih lagi orang lama, Sedap mana kasut baru, Sedap lagi kasut lama, Sedih mana tuan yang pergi, Sedih lagi kami yang tuan tinggalkan. Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan tugas. Untuk itu , majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, En.Karim b Ejang, Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan naik ke pentas untuk menerima nota serah tugas Majlis menjemput Yang diHormati, Tn.Hj.Muhammad Faizal b Abdullah untuk menyerahkan nota serah tugas. |
8.38 | Ucapan Pengarah | Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengarah. Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tn.HJ.Amin b Mohd.Rashid, Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan... |
8.50 | Sijil | Majlis menjemput sekali lagi Tuan Pengarah diiringi oleh Yang berusaha, Pn.Hajjah Marinal bt Husin, Timbalan Pengarah IPG-KPI Untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan, penyerahan Replika Cek Graduiti dan Cek Golden Hand Shake dan penyampaian cenderamata ,kepada, Yang dihormati, En.Muhhamd Faizal b Abdullah..dipersilakan... |
Penyampaian cenderamata | Penyampaian cenderamata dimulakan dari ..................................... | |
9.15 | Gimik Minggu Matematik | Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Mulai pada 1 Februari 2010 sehingga 5 Februari 2010 Jabatan Matematik dengan kerjasama pelajar kursus Matematik akan mengadakan minggu matematik peringkat IPG-Kampus Pendidikan Islam.Untuk itu, Majlis menjemput sekali lagi Yang Berbahagia,Tuan Pengarah untuk memotong reben sebagai simbolik kepada Perasmian Minggu Matematik Peringkat IPG-KPI 2010. (PENGARAH POTONG REBEN) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas perasmian itu tadi. |
9.21 | Lagu Guru Malaysia | Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis kita sudah sampai dipenghujungnya... Bagi menutup majlis kita pada hari ini, Majlis menjemput hadirin dan hadirat berdiri untuk menyanyikan lagu Guru Malaysia. Dipersilakan... |
9.26 | Bersurai | Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis bersurai dengan menjemput, Yang berbahagia, Tn. Haji Amin b Mohd.Rashid, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Diiringi oleh, Yang berusaha, Pn.Hajah Marinal bt Husin, Timbalan Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam Yang diraikan, Tn.Hj Muhammad Faizal b Abdullah, Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Yang dihormati, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, Untuk meninggalkan majlis... |
No comments:
Post a Comment