| PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Tn. Haji Anwar b Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, diiringi oleh, Yang Berusaha , Dr.Mohd.Hussin b Mohd. Yussuf, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Pendidikan Islam, Masuk ke dewan... |
| NYANYIAN 4 BUAH LAGU Asma Al-Usna Negaraku Lagu Selangor Lagu Institut |
| (setelah semua mengambil tempat masing-masing) Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan duduk. |
| SALUTASI Bismillah… 1.Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar b Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam 2. Yang Berusaha, Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, 4. Yang diHormati, Ustaz Ismail b. Che Ku, Penasihat umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 9. Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 10. barisan exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2010/2011 11. barisan suruhanjaya Pilihan Raya IPG kampus pendidikan islam 2011 12. barisan Majlis ketua-ketua kuliah tahun 2011 13. seterusnya, para pelajar IPG kampus pendidikan islam. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. |
| UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan Besar Nik Muhyidin Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam, mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dan Pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya IPG Kampus Pendidikan Islam Bagi Tahun 2011. |
| PENGENALAN JPP 2010/2011 Tuan-tuan dan Puan-puan , Hari yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa kita menyingkap tirai majlis kepimpinan. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Barisan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2010/2011 telah dilantik pada 14 Januari 2010. Jawatankuasa ini terdiri daripada 32 orang ahli yang diketuai oleh saudara Hafizul Husni b Alias selaku yang dipertua dan ustaz ismail bin che ku selaku pensyarah penasihat. |
| UCAPAN TINTA REFLEKSI YDP JPP 08/09 Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Majlis diteruskan dengan pesanan tinta refleksi daripada Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Saudara Hafizul Husni b Alias, yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan... |
| PENYERAHAN MANUAL CADANGAN PILIHAN RAYA Majlis menjemput sekali lagi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi menyerahkan Manual Cadangan Pilihan Raya kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar b Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, majlis mempersilakan... |
| TAYANGAN MULTIMEDIA Tuan-tuan dan Puan-puan, Majlis kita diteruskan lagi dengan tayangan multimedia ”Jasa Kasih Seharum Budi”. Majlis mempersilakan... |
| UCAPAN KETUA JABATAN HAL EHWAL Tuan-tuan dan Puan-puan, Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Dr.Mohd.Hussin b Mohd.Yussuf, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, majlis mempersilakan... |
| UCAPAN PENGARAH Tuan-tuan dan Puan-puan, Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan dan pesanan mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2010/2011 dan mengumumkan suruhanjaya pilihan raya ipg kampus pendidikan islam bagi tahun 2011, yang akan dijana oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar b Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam. Majlis mempersilakan... |
| PENYERAHAN MANUAL CADANGAN PILIHAN RAYA Majlis seterusnya mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar Bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam untuk menyerahkan Manual Cadangan Pilihan Raya IPG Kampus Pendidikan Islam Bagi Tahun 2011 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya IPGM Kampus Pendidikan Islam Bagi Tahun 2011. Dengan itu, majlis mempersilakan Saudara En Mohd Saifullah Bin Kamaruddin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya IPG Kampus Pendidikan Islam Bagi Tahun 2011. Dipersilakan.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. |
| BACAAN DOA SELAMAT Tuan-tuan dan Puan-puan, majlis kita akan diakhiri dengan bacaan doa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati Saudara Rahmat b Sanusi untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya. Dipersilakan dengan segala hormatnya. (Bacaan Doa) Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Rahmat b Sanusi. |
| NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA Tuan-tuan dan Puan-puan, Majlis kita diteruskan lagi nyanyian Guru Malaysia. Untuk itu, majlis menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan berdiri bagi menyanyikan lagu guru malaysia dengan penuh bersemangat. |
| BERSURAI Tuan-tuan dan Puan-puan, Majlis mengumumkan Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar B Ahmad, Timbalan Pengarah IPG-Kampus Pendidikan Islam diiringi oleh Yang Berusaha, Dr.Mohd. Husin b Mohd Yussuf, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis...dipersilakan... |
Wednesday, January 19, 2011
PeRkOnGsIAn ILmU Allah s.w.t (CONTOH TEKS MC PEMBUBARAN JPP 2010/2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment