Friday, January 28, 2011
KePuTuSan
Aslm...sebut tentang keputusan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam perbincangan kerana segala isu perbincangan akan membuahkan satu kesimpulan yang dipersetujui bersama dan ini dipanggil keputusan perbincangan. Dalam membincangkan sesuatu isu/perkara perlulah ada sikap terbuka dan berlapang dada dengan pandangan masing-masing agar tidak akan timbul rasa dendam atau rasa kecewa dalam hati. Oleh sebab itu, permulaan perbincangan perlu ada kata-kata peringatan kepada ahli perbincangan agar setiap ahli sentiasa memperingati diri masing-masing agar tidak menimbulkan suasana yang tegang dan beremosi. Memang tidak dapat dinafikan ada sesetengah individu akan berasa pandangan amat tidak berguna dalam perbincangan tersebut namun dia perlu ingat, segala isu yang diperdebatkan/dibahaskan/dibincangkan adalah proses untuk mengcungkil pemikiran semua ahli untuk membuat andaian penyelesaian, ramalan akan datang, dan membuat langkah penyelesaian yang mudah mahupun sukar. Oleh demikian, jangan ada rasa rendah diri apabila melontarkan pendapat dan jangan mengharap semua ahli perbincangan dapat menerima idea/pendapat kita. Mungkin ada pengubahsuaian terhadap pendapat kita daripada gabungan beberapa idea ahli lain. ini dipanggil cantuman kreatif yang membolehkan kesemua ahli terlibat secara langsung seterusnya dihargai. Tuntasnya, berikan pendapat (walaupun idea mungkin tidak gila logik) dan lapangkan dada untuk terima pendapat orang lain. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment