Wednesday, August 1, 2012

Kemahiran Asas Membaca


Kemahiran-kemahiran Asas Membaca
Membaca adalah sebahagian daripada proses perhubungan. Ia merupakan satu aktiviti yang melibatkan pembelajaran sistem lambang bagi menentukan sesuatu bentuk pengalaman, idea, emosi dan perkara-perkara lain yang terdapat dalam persekitaran. Membaca adalah proses kognitif (mental) dan ia melibatkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran melihat, kemahiran mengingat, kemahiran mendengar dan membezakan bunyi-bunyi, kemahiran menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi huruf bagi membentuk suku kata, perkataan, frasa, ayat dan sebagainya. Membaca juga melibatkan aktiviti memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf pusat (otak) untuk kefahaman dan tafsiran. Oleh kerana membaca melibatkan kemahiran-kemahiran berbentuk mekanis dan kognitif, maka ia bukanlan merupakan suatu perkara yang mudah untuk diajarkan kepada murid-murid di sekolah.
·         Kemahiran melihat
Kemahiran melihat adalah kemahiran yang mana murid-murid dapat melihat sesuatu huruf yang ditunjukkan kepadanya dengan jelas.
·         Kemahiran mengingat
Kemahiran mengingat adalah kemahiran yang mana murid-murid menyimpan maklumat tentang lambang-lambang huruf yang dia telah lihat.
·         Kemahiran mendengar dan membezakan bunyi-bunyi
Kemahiran mendengar dan membezakan bunyi-bunyi adalah kemahiran yang mana murid-murid perlu mendengar bunyi-bunyi huruf dengan jelas. Pada masa yang sama, murid tersebut boleh membezakan bunyi-bunyi tersebut.
·         Kemahiran menyebut bunyi-bunyi huruf yang dilambangkan oleh huruf-huruf.
Kemahiran menyebut bunyi-bunyi huruf yang dilambangkan oleh huruf adalah kemahiran menyebut setiap huruf yang dilambangkan atau ditunjukkan dengan betul.
·         Kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi huruf bagi membentuk suku kata, perkataan, frasa, ayat dan sebagainya.
Kemahiran ini adalah kemahiran mencantumkan huruf-huruf membina suku kata dari suku kata menjadi perkataan dari perkataan frasa dan dari frasa menjadi ayat dan sebagainya.
Untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini, para guru juga boleh melakukan amali yang berbentuk bengkel bagi mendedahkan murid-murid KIA 2M ini dapat menguasai kemahiran membaca ini dengan beransur-ansur dan baik.
Antara bengkel-bengkel yang dapat dilakukan adalah:
Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonetik
·         Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf
·         Latihan membatang suku kata dan perkataan
·         Latihan membaca frasa dan ayat
·         Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonik
Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
·         Menyebut nama huruf abjad a hingga z; huruf besar dan huruf kecil
·         Latihan menyebut suku kata v dan kv
·         Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa
·         Latihan membaca ayat
Bengkel Asas Membaca: Kaedah Pandang dan Sebut
·         Latihan menyebut perkataan
·         Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata
·         Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama
·         Latihan membina dan membaca ayat
Bengkel-bengkel ini boleh dilaksanakan oleh para guru untuk murid-murid menguasai kemahiran membaca dan faham akan isi kandungan bahan bacaan yang dibaca dan bukan sahaja mengenal huruf-huruf yang disebut.



1 comment:

  1. InsyaAllah,sangat berguna terutama kepada bakal-bakal guru..:)

    ReplyDelete