Tuesday, November 12, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

QUE
ANN
KETIBAAN PERASMI
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,

Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K),
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,

Diiringi oleh dif-dif jemputan

Masuk ke dewan…
NYANYIAN 3 BUAH LAGU
(tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
PERSEMBAHAN TARIAN SEMBAH TAMU
Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan pembukaan memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, majlis mempersilakan,
Persembahan, Tarian Sembah Tamu. Dipersilakan.

(tarian tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian sembah tamu itu tadi di bawah pimpinan……………………….



BACAAN DOA
Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
 Yang dihormati, Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
SALUTASI
Yang berbahagia,
Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K)
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,

Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati,
Puan Norasmah HJ Muhammading,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,
En. Sainuddin Panggi,
Penolong Kanan Petang,

Yang dihormati,
Puan Rohana Jaafar,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Yang dihormati,
Encik Jefry Jalilul,
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu,
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
UCAPAN ALU-ALUAN MC











UCAPAN ALU-ALUAN EN.SALAM
Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tun Haji Mustapha, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke
“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2013”.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik.  Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara




Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Abd Salam bin Salinri, Penolong Kanan PentadbiranSekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terim kasih.
UCAPAN WAKIL PIBG

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua PIBG SK.Pekan,Lahad Datu. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang  diHormati, En. Jefry Jalilul,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih.
UCAPAN PERASMIAN
Hadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
 Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia,
 Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
 Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013. Dipersilakan.

 (ucapan tamat)

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Diiringi oleh,

Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
 Yang berbahagia,
 Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
 Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
KATEGORI ANUGERAH KHAS PRA SEKOLAH
Melati kuntum rotan berhias,

Tumbuh melata di tepi kali

Anugerah cemerlang 2013

Murid cemerlang kita hargai



Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013 SK Pekan Lahad Datu pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN KHAS
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Khas Pendidikan Khas,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)
ANUGERAH PEMULIHAN KHAS
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pemulihan Khas
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)
PERSEMBAHAN ACTION SONG
Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Action Song yang dipimpin oleh Yang dihormati, Puan Nancy Marius dan Yang dihormati, Puan Junaidah Sarikul. Dengan itu majlis mempersilakan.

PEYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR –
MENGIKUT TAHUN
Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar MengikutTahun, untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama
PERSEMBAHAN KOIR
Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan koir. Untuk itu majlis mempersilakan.

(persembahan tamat)

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di bawah pimpinan, Yang dihormati, Puan Rudianie Hashim dan Yang dihormati En.Nurullah Salatula. Majlis mengucapkan terima kasih.
ANUGERAH TOKOH MURID
1.    TOKOH MURID
2.    TOKOH HARAPAN
3.    TOKOH KOKURIKULUM
4.    TOKOH HAL EHWAL MURID
Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Murid Cemerlang. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)


PERSEMBAHAN TARIAN RAMPAIAN
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan tarian rampaian di bawah pimpinan Yang dihormati, Puan Ainih Tamin dan Yang dihormati, En.Fadly Yussof.
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

(tamat persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih.
ANUGERAH KHAS UNTUK GURU
Hadirin sekalian,

Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya…
Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan “anugerah khas untuk para guru”, yang telah banyak berkorban, jiwa dan raga demi anak watan. Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

ANUGERAH KHAS KAKITANGAN SEKOLAH
Hadirin sekalian,

Pengantaraan urusan adanya mereka,
Indahnya sekolah kerana mereka,
Bantunya mereka sebagai pembantu setia,
Demi melihat warga yang sejahtera.
Pada hari ini, majlis juga akan menyampaikan “Anugerah Khas bagi Kakitangan Sekolah Pekan Lahad Datu”. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 6
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,
Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, majlis menjemput  Murid Tahun 6 untuk membuat persembahan mereka yang bertajuk “…………………….
JAMUAN & BERSURAI
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Azman Azahar dan Abdul Hakim menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Pekan , rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua


Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya



Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai



Edit by : Cikgu Azman


7 comments:

  1. MANTAP!!!!!!!!!!!!!!! takut kiterrrrrr

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete