Monday, November 12, 2012

HARI ITU SUDAH SANGAT HAMPIR!



HARI ITU SUDAH SANGAT HAMPIR!

Angin malam itu membawa berita
Berita yang tidak mudah didengar
Langit malam cuba berbicara
Bicaranya sukar ditafsir
Bulan malam hendak mengadu
Namun payah untuk disampaikan

Mata melihat ke langit malam
Terasa kedingin yang teramat sangat
Terasa sesuatu yang hendak didengari
Namun...terasa hilang..

Langkah tiba-tiba berhenti melangkah
Hati mula berbisik-bisik...
Adakah berita itu sudah makin hampir?
Adakah diri sudah bersedia?
Adakah cukup bekalan?
Ya Rabbi!
Banyak dosaku!

Langkah bertukar menjadi larian pantas ke pentas taubat!

NUKILAN : putranamza
3:04 p.m/bhgian p’tdbiran kehakiman,putrjya/pejabat cik jie/isnin/sambil tunggu mak n abah.

1 comment: