Tuesday, May 8, 2012

Contoh Teks Pengacara Majlis Perkahwinan

SKRIP PENYAMPAIAN
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA KEPADA
DR HAJI HASHIM BIN MEHAT
DAN
HAJAH FADZIAH BINTI MUSA

1.          PENGUMUMAN KETIBAAN

          MENGUMUMKAN,
          KETIBAAN RAJA SEHARI / KEDUA-DUA MEMPELAI
          MOHD IZWAN BIN MOHD NOOR DAN PERMAISURINYA
          HILWATI BINTI HASHIM
DIIRINGI OLEH PUTERI-PUTERI COMEL.

(SELAWAT DIPASANG TETAMU BERDIRI DAN BERSELAWAT)

          BUNGA KEMBANG BERSERI,
          KUMBANG YANG TERBANG TERHENTI,
          GERBANG BUNGA MOLEK MEMAGARI,
          DUA PENGANTIN DIIRINGI PUTERI.

          BUAH MANGGA MASAKNYA RANUM,
          MASAK DIPERAM DI DALAM RAGA,
          KUMBANG DAN BUNGA BERLALU TERSENYUM,
          KITA MEMANDANG TUMPANG KETAWA.

2.    PENGANTIN MENUJU KE MEJA UTAMA

          MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA, MENJEMPUT DAN           MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA RAJA SEHARI KE MEJA
UTAMA UNTUK MEMULAKAN AGENDA.

          SINGGAH-SINGGAHLAH TUANKU DAN PEMAISURI,
          LANGKAH MELANGKAHLAH BERHATI-HATI,
          SEIA SEKATA KASIH TERMETRI,
JARI BERKAIT TAUTAN HATI…
         
          PUTIH, EMAS DAN JUGA KUNING,
          JADI HIASAN DEWAN MAHKOTA,
          JALAN BERSAMA GANDING SEIRING,
          MOGA TAK LUNTUR MAHKOTA CINTA…

3.    UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

BISMILLAH….
ALHAMDULILLAH…. 

BUNGA ANGGERIK KEMBANG BERSERI
          KEMBANG MENGHIASI PERKARANGAN ISTANA
          DIHARUMI PULA KEMBANG KENANGA
          SELAMAT DATANG KE MAJLIS INI
          MERAIKAN MAJLIS KITA BERSAMA
          BERSYUKUR DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA.

         
4.    PROTOKOL WELCOMING
         
TERLEBIH DAHULU MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT, EN HAMDI BIN DATO’ HARON DIN DAN IBUNYA DATIN KHADIJAH BINTI SALLEH, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN KE MAJLIS PERKAHWINAN RAJA SEHARI MOHD IZWAN BIN MOHD NOR DAN PERMAISURINYA HILWATI BINTI HASHIM.
         
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.


5.    BACAAN DOA MAKAN

          HADIRIN YANG DIMULIAKAN…..
          SEBAGAI PEMBUKA TIRAI ATURCARA MAJLIS HARI INI     IALAH JAMUAN MAKAN ISTIADAT RAJA SEHARI.

BAGI MEMULAKAN ACARA,  MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ MOHD KAMIL BIN HAJI UJANG UNTUK MENGIMAMI BACAAN DOA.

DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.




6.    JAMUAN MAKAN BERMULA

          MENGAMIN SUDAH, MEMOHON PUN SUDAH
          MENJAMAH JUADAH YANG BELUM LAGI ……..

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN RAJA SEHARI MOHD IZWAN BIN MOHD NOR DAN PERMAISURINYA HILWATI BINTI HASHIM,
          DIF-DIF KEHORMAT DAN ISTERI SERTA TETAMU-TETAMU        YANG           DIRAIKAN, UNTUK MEMULAKAN SENTUHAN     SUTERA MENIKMATI           SAJIAN YANG ADA.

          SAJIAN DI MEJA LAMA MENANTI,
          MENGANCAM SELERA SEDARI TADI,
          SILAKAN TUAN RAPATKAN DIRI,
          MENJAMAH SAJIAN DEK SENTUHAN BESTARI.

          SERONOK MENGADAP BERAMAI-RAMAI,
MASING-MASING DENGAN LAKUNYA,
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERDAMAI,
SEMOGA BAHAGIA SELAMA-LAMANYA…

SEMERBAK BUNGA SEROJA,
DIBELAI DARA PINGITAN,
LAUK PAUK PENUH SEMEJA,
JEMPUT MEMPELAI MENIKMATI HIDANGAN…

          DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

7.    UCAPAN TERIMA KASIH / UCAPAN    PERKAHWINAN

          SEMENTARA HADIRIN MENIKMATI JUADAH YANG    DISEDIAKAN.
          APAKATA KITA TERUSKAN MAJLIS INI DENGAN AGENDA
SETERUSNYA…




AGENDA BERALIH SUSUN CARA BERGANTI
          MENANTI DI HALUAN KINI IALAH UCAPAN TERIMA KASIH          KERAIAN           YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH AYAHANDA KEPADA   PENGANTIN PEREMPUAN SELAKU TUAN
RUMAH.

          MUNGKIN MASIH ADA CERITA YANG BELUM DIHABISKAN. .      BARANGKALI PULA MASIH ADA KISAH YANG BELUM     DITAMATKAN..
          TENTUNYA ADA RIWAYAT YANG MAHU DISELAMPITKAN. . .
          DAN BOLEH JADI MASIH ADA PESANAN YANG MAHU        DISAMPAIKAN. .
          MAJLIS DENGAN PENUH HORMATNYA MENJEMPUT DAN           MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PROFESSOR MADYA
DR HAJI HASHIM BIN MEHAT     UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU. DIPERSILAKAN          DENGAN   SEGALA
HORMATNYA.

          UCAPAN ALUAN BERGEMA SUDAH
          UNGKAPAN KATA BERBAHASA INDAH
          MAKSUD DAN TUJUAN SUDAH TERSERLAH
          MELENYAPKAN PERTANYAAN HATI NAN GUNDAH

          MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN        DAN TERIMA KASIH PADA YANG BERUSAHA ___________
          ATAS KESEMPURNAAN JANAAN UCAPAN ALU-ALUAN     BELIAU SEBENTAR        TADI.

8.    LAGU-LAGU PENGANTIN

HADIRIN HADIRAT DIPERSILAKAN UNTUK TERUS MENJAMU SELERA YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH ARBE CATERING KAJANG SELANGOR DENGAN   PERSEMBAHAN SELINGAN SEBAGAI SANTAPAN HALWA           TELINGA.

          DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.






9.    UPACARA MEMOTONG PULUT KUNING

          HADIRIN YANG DIMULIAKAN..
          LAUK PAUK SEMAKIN BERKURANGAN KUANTITI,
          MATA LAYU PULA KALAU DIIKUTKAN PASTI DIBUAI MIMPI…
         
          YA … MACAM MANA MATA TAK LAYU
          KERANA PERUT BERISI SUDAH
          TAPI, MACAM MANA TAK TERTUNGGU-TUNGGU
          PULUT KUNING  YANG MOLEK BELUM DIBELAH

          KINI, TIBALAH SAAT KEMUNCAK.
         
          SI ANAK DARA BERASA KALUT,
          HINGGA TERSANGKUT DIHUJUNG JULAI,
          UNTUK MAJLIS MEMBELAH PULUT,
          JEMPUT BANGUN KEDUA MEMPELAI…

MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-         DUA PENGANTIN BARU UNTUK  KE PETERNA INDAH BAGI      UPACARA MEMOTONG PULUT.


          DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

          PISAU DIANGKAT, TANGAN DIGENGGAM,
          KATA SEPAKAT, JIWA TENTERAM,
          KILAU SEPOTONG MENYIMPAN PISAU,
          PULUT SEPOTONG MENYIMPAN GULA,
          MANIS GULA,
          CANTIK DAN MANIS LAGI PENGANTIN KITA…









10.  BERANGKAT KE PELAMIN

       SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN
KEDUA-DUA MEMPELAI BERANGKAT KE MAHLIGAI IDAMAN
BAGI MENERUSKAN AGENDA SETERUSNYA…

DOA BERKAT PENUTUPNYA AMIN,
JARI LENTIK MEMUKUL GENDANG,
MEMPELAI BERANGKAT DI ATAS PELAMIN,
SAMA CANTIK DAN SAMA PADAN…

POKOK PULAI TIDAK BERDURI,
DIBUAT BUMBUNG LUAS MELEBAR,
DUA MEMPELAI BERSERI-SERI,
DUA JANTUNG BERDEBAR-DEBAR…

RIMBUN SEMALU DI JAMBU BATU,
BANGKIT PELANDUK TERUS BERLALU,
KOMPANG DIPALU MENYAHUT RESTU,
PENGANTIN DUDUK TERSENYUM MALU…

11.  DUDUK DI PELAMIN
         
          KEDUA PENGANTIN MENJELING TAK SUDAH,
          SAMBIL TERSENYUM, MANIS KEDUANYA,
          AYAH BERUNTUNG, BONDA BERTUAH,
          DAPAT MENANTU MANIS ORANGNYA.

          DUDUK ELOK MENYUSUN JARI,
          KERLING MENGERLING PANDANGAN MESRA,
          SUDAH DICARI SERATA ALAM,
          DI ATAS PELAMIN BERTEMU HATI,
          CANTIK BERSERI MEMERCAP CINTA,
          CINTA KASIH PUN DUDUK DIAM.
         
          JELINGAN BAGAI KILAU KILAT,
          SENYUMAN PENAHAN PETIR,
          APA DINANTI APA DIHAJAT,
          DI SINI BERMULA KASIH BERGILIR.


12.  BACAAN DOA

          HADIRIN YANG DIMULIAKAN…..
MAHLIGAI YANG DIBINA SENTIASA DIHARAPKAN BERKEKALAN.
SUKA DAN DUKA, PAHIT DAN MANIS, MERUPAKAN ASAM
DAN GARAM KEHIDUPAN…
MOLEKLAH KIRANYA MAHLIGAI YANG BARU DIBINA INI DIIRINGKAN DOA SELAMAT AGR DIBERKATI KE AKHIR HAYATNYA…

DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ MOHD KAMIL BIN HAJI UJANG UNTUK MENERAJUI DOA SELAMAT SEBAGI PERMINTAAN HAJAT DAN RESTU, AGAR MAJLIS KITA LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA.

DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

AMIN...AMIN YA RABBAL A’LAMAIN.
SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS GILANG-GEMILANG INI AKAN LEBIH DIBERKATI HENDAKNYA.


13.  TAARUF KEDUA-DUA MEMPELAI

       SEBELUM MENGORAK LANGKAH DENGAN LEBIH JAUH
LAGI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGENALI SERBA
SEDIKIT LATAR-BELAKANG DAN SEJARAH SILAM KEDUA
MEMPELAI BAGI MENGIMBAU DAN BERKONGSI PENGALAMAN YANG SEDIA ADA.











13.  BIODATA PENGANTIN LELAKI

RAJA SEHARI KITA PADA HARI INI BERNAMA, MOHD IZWAN BIN MOHD NOOR, YANG MERUPAKAN ANAKANDA KEPADA EN MOHD NOOR BIN MD ISA DAN PASANGANNYA HAJJAH KHALTHOM BINTI HAJI HAMID. BELIAU MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 5 ADIK BERADIK IAITU 3 ADIK PEREMPUAN DAN 1 ADIK LELAKI. BELIAU DAN KELUARGA BERASAL DARI SUNGAI PETANI KEDAH. BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH RENDAH IBRAHIM, SUNGAI PETANI DAN MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERINGKAT MENENGAH DI MAKTAB TENTERA DIRAJA SG BESI KUALA LUMPUR. BERKAT DOA KELUARGA TERCINTA, BELIAU TELAH BERJAYA DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DENGAN JAYANYA DAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI MALAYA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM DAN KINI MENYANDANG SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM.
AKHIRNYA, BELIAU KINI BEKERJA SEBAGAI JURUTERA STRUKTUR DI AKER SOLUTIONS ENGINEERING KUALA LUMPUR.

14.  BIODATA PENGANTIN PEREMPUAN

RATU SEHARI KITA PULA PADA HARI INI, DI BERI NAMA HILWATI BINTI HJ HASHIM OLEH KEDUA AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA IAITU PROFESSOR MADYA DR HAJI HASHIM BIN MEHAT DAN HAJJAH FADZIAH BINTI MUSA. MERUPAKAN ANAK KEDUA DARIPADA EMPAT ADIK BERADIK DENGAN MEMPUNYAI SEORANG ABNG, SEORANG ADIK PEREMPUAN DAN SEORANG ADIK LELAKI YANG KESEMUANYA BERASAL DARI KAJANG SELANGOR. MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN CONVENT KAJANG. MELANJUTKAN PELAJARAN KE KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DAN KE TRINITY COLLEGE DUBLIN, IRELAND DALAM SARJANA MUDA PERUBATAN. KINI, BELIAU MASIH LAGI MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYA DALAM BIDANG SARJANA RADIOLOGI.




14.  TITIK PERTEMUAN PENGANTIN
         
          UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KEDUA-DUA MEMPELAI INI BERTEMU SEWAKTU MAJLIS PERKAHWINAN MARLINA  TANTY DAN REEZA PADA 11 MARCH 2007 DI HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM.

MARLINA MERUPAKAN RAKAN SEKERJA PENGANTIN PEREMPUAN KITA PADA HARI INI DAN JUGA MERUPAKAN SEPUPU KEPADA PENGANTIN LELAKI.

KETIKA MAJLIS TERSEBUT, HILWATI MERUPAKAN PENGAPIT PENGANTIN PEREMPUAN DAN IZWAN PULA ADALAH PENGAPIT PENGANTIN LELAKI.

DAN AKHIRNYA PERTEMUAN ITU MEMBUAHKAN BIBIT-BIBIT CINTA DAN AKHIRNYA PADA 15 DISEMBER 2007, IZWAN DAN KELUARGA TELAH HADIR KE RUMAH HILWATI UNTUK MERISIK. SEPERTI BIASA, INSAN BERNAMA HAWA, TUNDUK TERSIPU MALU, TANPA MENGATAKAN TIDAK MAHUPUN SETUJU. TERSIRATNYA, MALU TAPI MAHU…

SETERUSNYA SATU PERSATU MENYUSUL. MEREKA BERTUNANG PADA 9 FEBRUARI 2008 DAN PADA HARI SEMALAM TELAH SELAMAT DI IJAB KABULKAN.

DAN SAYA MENGHARAPKAN KISAH PERTEMUAN INI DAPAT DI AMBIL IKTIBAR OLEH KEDUA-DUA PENGAPIT IAITU HURAIRAH BIN MOHD RAMLI DAN HILWANI BINTI KAHARUDDIN. INSYA ALLAH…



15.  SESI BERSALAMAN PENGANTIN

       HADIRIN YANG DIMULIAKAN.
          MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN
KELUARGA KEDUA-DUA MEMPELAI UNTUK BERSALAMAN
DENGAN RAJA SEHARI  DI HARI YANG
BERBAHAGIA INI…
      
          KITA MULAKAN DENGAN KELUARGA PIHAK LELAKI.
DIPERSILAKAN
AYAHANDA DAN BONDANYA IAITU:
          EN MOHD NOOR BIN MD ISA
          DAN PUAN HAJJAH KHALTHOM BIN HAJI HAMID.

SETERUSNYA KELUARGA DARIPADA PIHAK
PEREMPUAN. DIPERSILAKAN AYAHANDA DAN BONDANYA
PROFESSOR MADYA DR HAJI HASHIM BIN MEHAT DAN PUAN HAJJAH FADZIAH BINTI MUSA.

DITERUSKAN LAGI DENGAN WAKIL PIHAK LELAKI DAN PIHAK PEREMPUAN.

DIPERSILAKAN TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI HAMID DAN PASANGANNYA PUAN HAJJAH NORHAYAA BINTI MUHAMMAD ARIFIN. WAKIL PIHAK LELAKI

TUAN HAJI WAN OTHMAN BIN WAN DIN DAN PASANGANNYA PUAN HAJJAH JAMILAH BINTI MUSA. BAPA DAN IBU SAUDARA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EN HASSAN BIN AYUB DAN PASANGANNYA PUAN SOPIAH BINTI MEHAT. BAPA DAN IBU SAUDARA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN.

16.  SESI BERGAMBAR BERSAMA PENGANTIN

SEBAGAI TANDA KENGAN DIPERSILAKAN KELUARGA PIHAK LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA SAHABAT HANDAI UNTUK MERAKAMKAN KENANGAN INDAH BERSAMA KEDUA-DUA MEMPELAI.
      

17.  PENGANTIN KELUAR KE PINTU UTAMA

          SUDAH KE PENGHUJUNG RUPANYA KITA
          BAGAI TAK TERASA MASA BERLARI PANTAS
          BAGAI TAK TERASA SIANG SEMAKIN PETANG

SAMPAI DI SINI MAJLIS AKAN SEGERA DIAKHIRI
          KENANGAN DAN MEMORI YANG TERCATAT SEBENTAR TADI SEMOGA DIBAWA BERSAMA MIMPI BAHAGIA DI       MALAM HARI

          DAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-      KENANGAN           DARIPADA KELUARGA PENGANTIN SUDILAH TERIMA TITIPAN           CENDERA KENANGAN BAK KATA     PEPATAH MELAYU
         
          ADAT MELAYU BUDAYA DIJULANG,
          TETAMU BERTANDANG DIBERIKAN BINGKISAN,
          SEBELUM PULANG DITINGGALKAN BALASAN,
          UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN.

          MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN           MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN UNTUK          BEREDAR           MENINGGALKAN PENTAS DAN BERGERAK KE          LALUAN    PINTU UTAMA.

          KERLINGAN MANJA MENGGEGAR ASTANA
          HATI TERPAUT DISUSUL IKATAN
          MESRA YANG TERJALIN
          KASIH YANG BERTAUT
          GERAK SEIRING MENGHALA BAHAGIA

          INI JANJI TUHAN

21 comments:

  1. sangat sangat membantu dan skrip yang mantap. terima kasih dan semoga hasil pena ini mendapat restu Ilahi seterusnya dilimpahkan rezeki oleh Allah Taala. Amin

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..mohon teks ini dijadikan rujukan untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya..terima kasih..

    ReplyDelete
  3. MANTAP! Mohon teks ini dijadikan rujukan buat sepupu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Mohon dijadikan rujukan untuk majlis perkahwinan sepupu saya

    ReplyDelete
  5. terima kasih,,sangat2 membantu untuk skrip teks pengaracara majlis kAHWIN

    ReplyDelete
  6. Terbaik!! Mohon share utk majlis adinda sy ye admin. Mudah mudahan disempurnakan olehNya..

    ReplyDelete
  7. Terbaik!! Mohon share utk majlis adinda sy ye admin. Mudah mudahan disempurnakan olehNya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Admin, skrip teks yang sangat membantu! Mohon share utk dijadikan rujukan. Terima kasih!

    ReplyDelete
  9. Mohon izin teks ini jadi panduan kepada saya yang baru nak berjinak2 dengan bidang ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Mohon izin dijadikan teks ucapan saya pada majlis hari ini

    ReplyDelete
  11. mohon izin dijadikan teks mc wedding. tq

    ReplyDelete
  12. Mohon izin share sebagai rujukan..terima kasih

    ReplyDelete
  13. mohon izin nak guna sebagai panduan majlis sahabat saya...

    ReplyDelete
  14. MOHON SUSUNATUR ACARA MAJLIS PERKAHWINAN RINGKAS TAPI PADAT DAN PANTUN BAGI SETIAP ACARA.TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  15. MOHON IZIN SHARE UNTUK RUJUKAN MAJLIS SAYA..TERIMA KASIH YE ADMIN

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..mohon teks ini dijadikan rujukan untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya..terima kasih..

    ReplyDelete
  17. asalam mohon cop cantik teks ini penulis di beri keberkatan allah swt kerana membantu kami MC

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Saya mohon izin tuan untuk guna teks/skrip ni dlm majlis perkahwinan anak saya. Terima kasih semoga Allah mempermudah dan merahmati hidup tuan dunia dan akhirat. Aamiin

    ReplyDelete
  19. Assalamulaikum. Mohon izin saya guna dan ubah suai skrip ini ye.. Syukran.

    ReplyDelete
  20. Assalamulaikum Warohmatullahi Wabarokatuh admin.
    Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu orang orang yang perlu menyediakan teks sendiri kerana terpaksa cari kerabat sendiri menjadi disebabkan tak cukup bajet nak upah mc professional. Semoga Allah merahmati admin dgn sebaik-baik ganjaran. Aamiin.

    ReplyDelete