SKRIP PENYAMPAIAN
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA KEPADA
DR HAJI HASHIM BIN MEHAT
DAN
HAJAH FADZIAH BINTI MUSA
1. PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN,
KETIBAAN RAJA SEHARI / KEDUA-DUA MEMPELAI
MOHD IZWAN BIN MOHD NOOR DAN PERMAISURINYA
HILWATI BINTI HASHIM
DIIRINGI OLEH PUTERI-PUTERI COMEL.
(SELAWAT DIPASANG TETAMU BERDIRI DAN BERSELAWAT)
BUNGA KEMBANG BERSERI,
KUMBANG YANG TERBANG TERHENTI,
GERBANG BUNGA MOLEK MEMAGARI,
DUA PENGANTIN DIIRINGI PUTERI.
BUAH MANGGA MASAKNYA RANUM,
MASAK DIPERAM DI DALAM RAGA,
KUMBANG DAN BUNGA BERLALU TERSENYUM,
KITA MEMANDANG TUMPANG KETAWA.
2. PENGANTIN MENUJU KE MEJA UTAMA
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA, MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA RAJA SEHARI KE MEJA
UTAMA UNTUK MEMULAKAN AGENDA.
SINGGAH-SINGGAHLAH TUANKU DAN PEMAISURI,
LANGKAH MELANGKAHLAH BERHATI-HATI,
SEIA SEKATA KASIH TERMETRI,
JARI BERKAIT TAUTAN HATI…
PUTIH, EMAS DAN JUGA KUNING,
JADI HIASAN DEWAN MAHKOTA,
JALAN BERSAMA GANDING SEIRING,
MOGA TAK LUNTUR MAHKOTA CINTA…
3. UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG
BISMILLAH….
ALHAMDULILLAH….
BUNGA ANGGERIK KEMBANG BERSERI
KEMBANG MENGHIASI PERKARANGAN ISTANA
DIHARUMI PULA KEMBANG KENANGA
SELAMAT DATANG KE MAJLIS INI
MERAIKAN MAJLIS KITA BERSAMA
BERSYUKUR DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA.
4. PROTOKOL WELCOMING
TERLEBIH DAHULU MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT, EN HAMDI BIN DATO’ HARON DIN DAN IBUNYA DATIN KHADIJAH BINTI SALLEH, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN KE MAJLIS PERKAHWINAN RAJA SEHARI MOHD IZWAN BIN MOHD NOR DAN PERMAISURINYA HILWATI BINTI HASHIM.
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.
5. BACAAN DOA MAKAN
HADIRIN YANG DIMULIAKAN…..
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI ATURCARA MAJLIS HARI INI IALAH JAMUAN MAKAN ISTIADAT RAJA SEHARI.
BAGI MEMULAKAN ACARA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ MOHD KAMIL BIN HAJI UJANG UNTUK MENGIMAMI BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
6. JAMUAN MAKAN BERMULA
MENGAMIN SUDAH, MEMOHON PUN SUDAH
MENJAMAH JUADAH YANG BELUM LAGI ……..
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN RAJA SEHARI MOHD IZWAN BIN MOHD NOR DAN PERMAISURINYA HILWATI BINTI HASHIM,
DIF-DIF KEHORMAT DAN ISTERI SERTA TETAMU-TETAMU YANG DIRAIKAN, UNTUK MEMULAKAN SENTUHAN SUTERA MENIKMATI SAJIAN YANG ADA.
SAJIAN DI MEJA LAMA MENANTI,
MENGANCAM SELERA SEDARI TADI,
SILAKAN TUAN RAPATKAN DIRI,
MENJAMAH SAJIAN DEK SENTUHAN BESTARI.
SERONOK MENGADAP BERAMAI-RAMAI,
MASING-MASING DENGAN LAKUNYA,
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERDAMAI,
SEMOGA BAHAGIA SELAMA-LAMANYA…
SEMERBAK BUNGA SEROJA,
DIBELAI DARA PINGITAN,
LAUK PAUK PENUH SEMEJA,
JEMPUT MEMPELAI MENIKMATI HIDANGAN…
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
7. UCAPAN TERIMA KASIH / UCAPAN PERKAHWINAN
SEMENTARA HADIRIN MENIKMATI JUADAH YANG DISEDIAKAN.
APAKATA KITA TERUSKAN MAJLIS INI DENGAN AGENDA
SETERUSNYA…
AGENDA BERALIH SUSUN CARA BERGANTI
MENANTI DI HALUAN KINI IALAH UCAPAN TERIMA KASIH KERAIAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH AYAHANDA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN SELAKU TUAN
RUMAH.
MUNGKIN MASIH ADA CERITA YANG BELUM DIHABISKAN. . BARANGKALI PULA MASIH ADA KISAH YANG BELUM DITAMATKAN..
TENTUNYA ADA RIWAYAT YANG MAHU DISELAMPITKAN. . .
DAN BOLEH JADI MASIH ADA PESANAN YANG MAHU DISAMPAIKAN. .
MAJLIS DENGAN PENUH HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PROFESSOR MADYA
DR HAJI HASHIM BIN MEHAT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA.
UCAPAN ALUAN BERGEMA SUDAH
UNGKAPAN KATA BERBAHASA INDAH
MAKSUD DAN TUJUAN SUDAH TERSERLAH
MELENYAPKAN PERTANYAAN HATI NAN GUNDAH
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PADA YANG BERUSAHA ___________
ATAS KESEMPURNAAN JANAAN UCAPAN ALU-ALUAN BELIAU SEBENTAR TADI.
8. LAGU-LAGU PENGANTIN
HADIRIN HADIRAT DIPERSILAKAN UNTUK TERUS MENJAMU SELERA YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH ARBE CATERING KAJANG SELANGOR DENGAN PERSEMBAHAN SELINGAN SEBAGAI SANTAPAN HALWA TELINGA.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
9. UPACARA MEMOTONG PULUT KUNING
HADIRIN YANG DIMULIAKAN..
LAUK PAUK SEMAKIN BERKURANGAN KUANTITI,
MATA LAYU PULA KALAU DIIKUTKAN PASTI DIBUAI MIMPI…
YA … MACAM MANA MATA TAK LAYU
KERANA PERUT BERISI SUDAH
TAPI, MACAM MANA TAK TERTUNGGU-TUNGGU
PULUT KUNING YANG MOLEK BELUM DIBELAH
KINI, TIBALAH SAAT KEMUNCAK.
SI ANAK DARA BERASA KALUT,
HINGGA TERSANGKUT DIHUJUNG JULAI,
UNTUK MAJLIS MEMBELAH PULUT,
JEMPUT BANGUN KEDUA MEMPELAI…
MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA- DUA PENGANTIN BARU UNTUK KE PETERNA INDAH BAGI UPACARA MEMOTONG PULUT.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
PISAU DIANGKAT, TANGAN DIGENGGAM,
KATA SEPAKAT, JIWA TENTERAM,
KILAU SEPOTONG MENYIMPAN PISAU,
PULUT SEPOTONG MENYIMPAN GULA,
MANIS GULA,
CANTIK DAN MANIS LAGI PENGANTIN KITA…
10. BERANGKAT KE PELAMIN
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN
KEDUA-DUA MEMPELAI BERANGKAT KE MAHLIGAI IDAMAN
BAGI MENERUSKAN AGENDA SETERUSNYA…
DOA BERKAT PENUTUPNYA AMIN,
JARI LENTIK MEMUKUL GENDANG,
MEMPELAI BERANGKAT DI ATAS PELAMIN,
SAMA CANTIK DAN SAMA PADAN…
POKOK PULAI TIDAK BERDURI,
DIBUAT BUMBUNG LUAS MELEBAR,
DUA MEMPELAI BERSERI-SERI,
DUA JANTUNG BERDEBAR-DEBAR…
RIMBUN SEMALU DI JAMBU BATU,
BANGKIT PELANDUK TERUS BERLALU,
KOMPANG DIPALU MENYAHUT RESTU,
PENGANTIN DUDUK TERSENYUM MALU…
11. DUDUK DI PELAMIN
KEDUA PENGANTIN MENJELING TAK SUDAH,
SAMBIL TERSENYUM, MANIS KEDUANYA,
AYAH BERUNTUNG, BONDA BERTUAH,
DAPAT MENANTU MANIS ORANGNYA.
DUDUK ELOK MENYUSUN JARI,
KERLING MENGERLING PANDANGAN MESRA,
SUDAH DICARI SERATA ALAM,
DI ATAS PELAMIN BERTEMU HATI,
CANTIK BERSERI MEMERCAP CINTA,
CINTA KASIH PUN DUDUK DIAM.
JELINGAN BAGAI KILAU KILAT,
SENYUMAN PENAHAN PETIR,
APA DINANTI APA DIHAJAT,
DI SINI BERMULA KASIH BERGILIR.
12. BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIMULIAKAN…..
MAHLIGAI YANG DIBINA SENTIASA DIHARAPKAN BERKEKALAN.
SUKA DAN DUKA, PAHIT DAN MANIS, MERUPAKAN ASAM
DAN GARAM KEHIDUPAN…
MOLEKLAH KIRANYA MAHLIGAI YANG BARU DIBINA INI DIIRINGKAN DOA SELAMAT AGR DIBERKATI KE AKHIR HAYATNYA…
DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ MOHD KAMIL BIN HAJI UJANG UNTUK MENERAJUI DOA SELAMAT SEBAGI PERMINTAAN HAJAT DAN RESTU, AGAR MAJLIS KITA LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
AMIN...AMIN YA RABBAL A’LAMAIN.
SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS GILANG-GEMILANG INI AKAN LEBIH DIBERKATI HENDAKNYA.
13. TAARUF KEDUA-DUA MEMPELAI
SEBELUM MENGORAK LANGKAH DENGAN LEBIH JAUH
LAGI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGENALI SERBA
SEDIKIT LATAR-BELAKANG DAN SEJARAH SILAM KEDUA
MEMPELAI BAGI MENGIMBAU DAN BERKONGSI PENGALAMAN YANG SEDIA ADA.
13. BIODATA PENGANTIN LELAKI
RAJA SEHARI KITA PADA HARI INI BERNAMA, MOHD IZWAN BIN MOHD NOOR, YANG MERUPAKAN ANAKANDA KEPADA EN MOHD NOOR BIN MD ISA DAN PASANGANNYA HAJJAH KHALTHOM BINTI HAJI HAMID. BELIAU MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 5 ADIK BERADIK IAITU 3 ADIK PEREMPUAN DAN 1 ADIK LELAKI. BELIAU DAN KELUARGA BERASAL DARI SUNGAI PETANI KEDAH. BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH RENDAH IBRAHIM, SUNGAI PETANI DAN MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERINGKAT MENENGAH DI MAKTAB TENTERA DIRAJA SG BESI KUALA LUMPUR. BERKAT DOA KELUARGA TERCINTA, BELIAU TELAH BERJAYA DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DENGAN JAYANYA DAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI MALAYA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM DAN KINI MENYANDANG SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM.
AKHIRNYA, BELIAU KINI BEKERJA SEBAGAI JURUTERA STRUKTUR DI AKER SOLUTIONS ENGINEERING KUALA LUMPUR.
14. BIODATA PENGANTIN PEREMPUAN
RATU SEHARI KITA PULA PADA HARI INI, DI BERI NAMA HILWATI BINTI HJ HASHIM OLEH KEDUA AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA IAITU PROFESSOR MADYA DR HAJI HASHIM BIN MEHAT DAN HAJJAH FADZIAH BINTI MUSA. MERUPAKAN ANAK KEDUA DARIPADA EMPAT ADIK BERADIK DENGAN MEMPUNYAI SEORANG ABNG, SEORANG ADIK PEREMPUAN DAN SEORANG ADIK LELAKI YANG KESEMUANYA BERASAL DARI KAJANG SELANGOR. MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN CONVENT KAJANG. MELANJUTKAN PELAJARAN KE KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DAN KE TRINITY COLLEGE DUBLIN, IRELAND DALAM SARJANA MUDA PERUBATAN. KINI, BELIAU MASIH LAGI MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYA DALAM BIDANG SARJANA RADIOLOGI.
14. TITIK PERTEMUAN PENGANTIN
UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KEDUA-DUA MEMPELAI INI BERTEMU SEWAKTU MAJLIS PERKAHWINAN MARLINA TANTY DAN REEZA PADA 11 MARCH 2007 DI HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM.
MARLINA MERUPAKAN RAKAN SEKERJA PENGANTIN PEREMPUAN KITA PADA HARI INI DAN JUGA MERUPAKAN SEPUPU KEPADA PENGANTIN LELAKI.
KETIKA MAJLIS TERSEBUT, HILWATI MERUPAKAN PENGAPIT PENGANTIN PEREMPUAN DAN IZWAN PULA ADALAH PENGAPIT PENGANTIN LELAKI.
DAN AKHIRNYA PERTEMUAN ITU MEMBUAHKAN BIBIT-BIBIT CINTA DAN AKHIRNYA PADA 15 DISEMBER 2007, IZWAN DAN KELUARGA TELAH HADIR KE RUMAH HILWATI UNTUK MERISIK. SEPERTI BIASA, INSAN BERNAMA HAWA, TUNDUK TERSIPU MALU, TANPA MENGATAKAN TIDAK MAHUPUN SETUJU. TERSIRATNYA, MALU TAPI MAHU…
SETERUSNYA SATU PERSATU MENYUSUL. MEREKA BERTUNANG PADA 9 FEBRUARI 2008 DAN PADA HARI SEMALAM TELAH SELAMAT DI IJAB KABULKAN.
DAN SAYA MENGHARAPKAN KISAH PERTEMUAN INI DAPAT DI AMBIL IKTIBAR OLEH KEDUA-DUA PENGAPIT IAITU HURAIRAH BIN MOHD RAMLI DAN HILWANI BINTI KAHARUDDIN. INSYA ALLAH…
15. SESI BERSALAMAN PENGANTIN
HADIRIN YANG DIMULIAKAN.
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN
KELUARGA KEDUA-DUA MEMPELAI UNTUK BERSALAMAN
DENGAN RAJA SEHARI DI HARI YANG
BERBAHAGIA INI…
KITA MULAKAN DENGAN KELUARGA PIHAK LELAKI.
DIPERSILAKAN
AYAHANDA DAN BONDANYA IAITU:
EN MOHD NOOR BIN MD ISA
DAN PUAN HAJJAH KHALTHOM BIN HAJI HAMID.
SETERUSNYA KELUARGA DARIPADA PIHAK
PEREMPUAN. DIPERSILAKAN AYAHANDA DAN BONDANYA
PROFESSOR MADYA DR HAJI HASHIM BIN MEHAT DAN PUAN HAJJAH FADZIAH BINTI MUSA.
DITERUSKAN LAGI DENGAN WAKIL PIHAK LELAKI DAN PIHAK PEREMPUAN.
DIPERSILAKAN TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI HAMID DAN PASANGANNYA PUAN HAJJAH NORHAYAA BINTI MUHAMMAD ARIFIN. WAKIL PIHAK LELAKI
TUAN HAJI WAN OTHMAN BIN WAN DIN DAN PASANGANNYA PUAN HAJJAH JAMILAH BINTI MUSA. BAPA DAN IBU SAUDARA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
EN HASSAN BIN AYUB DAN PASANGANNYA PUAN SOPIAH BINTI MEHAT. BAPA DAN IBU SAUDARA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN.
16. SESI BERGAMBAR BERSAMA PENGANTIN
SEBAGAI TANDA KENGAN DIPERSILAKAN KELUARGA PIHAK LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA SAHABAT HANDAI UNTUK MERAKAMKAN KENANGAN INDAH BERSAMA KEDUA-DUA MEMPELAI.
17. PENGANTIN KELUAR KE PINTU UTAMA
SUDAH KE PENGHUJUNG RUPANYA KITA
BAGAI TAK TERASA MASA BERLARI PANTAS
BAGAI TAK TERASA SIANG SEMAKIN PETANG
SAMPAI DI SINI MAJLIS AKAN SEGERA DIAKHIRI
KENANGAN DAN MEMORI YANG TERCATAT SEBENTAR TADI SEMOGA DIBAWA BERSAMA MIMPI BAHAGIA DI MALAM HARI
DAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG- KENANGAN DARIPADA KELUARGA PENGANTIN SUDILAH TERIMA TITIPAN CENDERA KENANGAN BAK KATA PEPATAH MELAYU
ADAT MELAYU BUDAYA DIJULANG,
TETAMU BERTANDANG DIBERIKAN BINGKISAN,
SEBELUM PULANG DITINGGALKAN BALASAN,
UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN UNTUK BEREDAR MENINGGALKAN PENTAS DAN BERGERAK KE LALUAN PINTU UTAMA.
KERLINGAN MANJA MENGGEGAR ASTANA
HATI TERPAUT DISUSUL IKATAN
MESRA YANG TERJALIN
KASIH YANG BERTAUT
GERAK SEIRING MENGHALA BAHAGIA
INI JANJI TUHAN