Saturday, January 7, 2012

“PERSAMAAN & PERBEZAAN SISTEM POLITIK BARAT & ISLAM”


1.0         PENDAHULUAN
Pemerintahan Barat telah dicanang oleh Amerika Syarikat sebagai bentuk organisasi politik paling baik untuk seluruh dunia dengan tidak mengambilkira perbezaan tamadun. Ia sepatutnya berasaskan pemerintahan rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat tetapi hakikatnya, ia bertentangan sama sekali. Ia adalah pemerintahan segelintir, untuk segelintir dan oleh segelintir yang mengawal sumber ekonomi negara. Noam Chomsky, ahli bahasa, ahli falsafah dan penganalisis politik terkenal dunia, sewaktu syarahan semasa kunjungannya ke India menyatakan bahawa Amerika Syarikat bukanlah demokrasi dan tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. Beliau memanggilnya poliarki di mana sektor kecil penduduk mengawal pembuat keputusan penting untuk ekonomi, sistem politik, sistem budaya dan sebagainya.
Dalam pemerintahan Islam, institusi bukan kerajaan telah wujud sekian lama. Dengan semangat fastabiqul khairaat, merekalah yang memenuhi pelbagai keperluan masyarakat yang serba rencam dan tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan. Institusi wakf adalah bentuk inisiatif rakyat yang pertama yang membekalkan perkhidmatan, yang kini diambil alih oleh negara. Wakaf diwujudkan untuk membekalkan makanan kepada golongan fakir miskin, pendidikan, membuat dan membaiki jalan, membina masjid, kolej dan sekolah serta membantu golongan kurang upaya mengerjakan haji. Semasa zaman Uthmaniah terdapat yayasan bagi melindungi haiwan.
            Terdapat juga persatuan bagi para pandai tukang dan mahir yang membekalkan pendidikan dan latihan kemahiran pertukangan. Sepanjang zaman colonial, juga selepas ada kolonialisasi, institusi bukan kerajaan memainkan pernan yang penting dalam pendidikan dan kebajikan kepada rakyat. Oleh itu adalah suatu tanggapan salah untuk menyamakan masyarakat sivil (madani) dengan sekularisme dan mengatakan ia tidak sesuai dengan Islam.
Oleh itu, sangat jelas dan nyata terhadap perbezaan antara dua sistem politi antara politik Islam serta sistem politik Barat.


2.0         PENGERTIAN/KONSEP POLITIK
Istilah politik berasal daripada istilah Yunani ‘polis’ yang membawa maksud negara kota. Aristotle merupakan orang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dunia ilmu menerusi bukunya ‘Politics’ yang ditulis lebih kurang pada tahun 300 S.M. menurut Aristotle (300 S.M), politik adalah berhubung dengan kehidupan di dalam negara kota. Dalam konteks sekarang, negara kota adalah sebuah negara yang moden. 
Ramai sarjana politik mentakrifkan politik dari sudut perkaitannya dengan negara. Ini kerana sesebuah negara mempunyai sistem pemerintahannya tersendiri dan memiliki corak politik yang berbeza dari negara-negara lain. Menurut Raphel (1970), politik adalah apa sahaja mengenai negara.  Ini menunjukkan politik merangkumi semua aspek dalam pemerintahan sesebuah negara.
Menurut Lord Butler (1940-an), politik ialah satu seni serba kekurangan dan menurut Hitler (1940-an), politik ialah satu seni berkenaan pengelutan hidup sesuatu bangsa di dalam mempertahankan kewujudannya di muka bumi. Menurut kedua-dua tokoh sarjana politik ini, dapat dinyatakan bahawa istilah politik itu begitu rumit pengertian dan maksudnya,tidak semudah menyebut perkataannya.
Di sini dapat disimpulkan bahawa, politik merupakan bolehlah disimpulkan sebagai satu fenomena yang ditemui di dalam dan di antara beberapa individu, kumpulan, institusi (formal atau tidak formal) dan masyarakat yang merangkumi kehidupan sivil dan persendirian  manusia. Ianya ditemui di dalam semua bentuk perhubungan, instititusi dan struktur yang terlibat di dalam semua bentuk aktiviti kerjasama, perundingan, dan pergelutan ke atas sumber-sumber yang diperlukan di dalam aktiviti tadi.





3.0         PENGERTIAN  POLITIK MENURUT BARAT.
Menurut Aristotle (1986), politik sebagai ratu segala jenis sains. Menurut Oakeshott (1956), politik adalah satu aktivitui untuk mencapai satu peraturan umum ke atas sejumlah orang yang secara kebetulan ataupun atas pilihannya telah dibawa untuk berada bersama-sama. Menurut Morganto (1975), politik adalah pertarungan untuk mendapatkan kekuatan dan kekuasaan. Pengertian menurut Harold Lasswell (1970), politik adalah kekuasaan atau wibawa yang dapat menentukan; orang yang berhak mendapatkan apa? Bila? Dan bagaimana?
Selain itu, pengertian menurut William Robinson (1970), Ilmu politik berguna untuk mempelajari tentang kekuasaan dalam masyarakat. Juga berguna untuk mengetahui dasar-dasar kekuasaan, tujuan, target, dan hasil yang akan diperoleh.(Andyka (2008),http://andhyka-nailul.blogspot.com/2009/08/bedah-buku.html dilayari pada 13 Januari 2010  )

Menurut Goodin (1969) dalam buku A New Handbook of Political Science, politik dapat diertikan sebagai penggunaan kekuasaan sosial secara paksa. Jadi, ilmu politik dapat diertikan sebagai sifat dan sumber paksaan itu serta cara menggunakan kekuasaan sosial dengan paksaan tersebut.
Menurut Bluntschli, Garner dan Frank Goodnow menyatakan bahwa ilmu politik adalah ilmu yang mempelajari lingkungan kenegaraan. Menurut Seely dan Stephen Leacockn (1969), ilmu politik merupakan ilmu yang serasi dalam menangani pemerintahan. Disamping itu golongan pemikir Prancis seperti Paul Janet menyikapi ilmu politik sebagai ilmu yang mengatur perkembangan Negara begitu juga prinsip- prinsip pemerintahan, ( Achmad Reza (2009)
http://sospol.pendidikanriau.com/2009/10/definisi-ilmu-politik-sebelum.html dilayari pada 13 Januari 1010   )




4.0         PENGERTIAN  POLITIK MENURUT ISLAM.
Menurut Abdul Hamid Muhammad Al-Ghazali (300 S.M), politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara member petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatakn mereka di dunia dan di akhirat. Menurut Mohd Ridhuan Tee (1994), politik adalah melibatkan kehidupan manusia di dunia yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan bernegara, cara-cara mendapatkan kuasa, pengaruh dan lain-lain lagi.
Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam (http://ms.wikipedia.org/wiki/politikislam dilayari pada 20 Januari 2010 ). Selain itu, menurut Zainal Abidin Ahmad (1977), politik ialah ilmu penerintahan atau ilmu siyasah, iaitu ilmu tata Negara. Perkataan politik ini telah diterima oleh kebanyakan bahasa di dunia pada masa kini. Ini bererti ia merupakan istilah antarabangsa yang difahami oleh kebanyakan bangsa di dunia. Pengertian konsep politik atau siyasah dalam umat islam berbeza dengan pengertian konsep yang digunakan oleh Barat. Menurut Zainal Abidin Ahmad (1977) lagi, perkataan siyasah yang digunakan dalam bahasa-bahasa yang menerima Islam seperti  bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia adalah berasal daripada bahasa Arab Perkataan ini telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia sejak kedatangan Islam lagi (abad ke-15).
Menurut Lukman Thaib (446 H), mengatakan ulama-ulama Islam yang hidup di abad yang kesembilan belas kebanyakkannya telah menterjemahkan perkataan ‘polis’, ‘politique’ dan politics secara harfiah sahaja ke dalam bahasa Arab yang disebut sebagai siyasah. Kedudukan yang sebenarnya adalah berlainan dengan kandungan yang sebenar yang terdapat dalam konsep perkataan siyasah menurut Islam. Ini kerana di dalam kontek Islam, konsep siyasah yang sebenarnya meliputi berbagai macam aspek politik. Sarjana Islam yang tergolong dalam golongan Ikhwan as-Safa telah membahagikan kadungan pekataan siyasah itu kepada lima bahagian iaitu : al-Siyasah an-Nabawiyah (Politik para nabi), al-Siyasah al-Mulukiyyah (Politik kerajaan), al-Siyasah (Politik para nabi), al-Siyasah al-Mulukiyyah (Politik kerajaan), al-Siyasah al-Ammah (politik kerakyatan), al-Siyasah al-Khassah (politik khusus), dan al-Siyasah az-Zatiyyah (poitik peribadi). Kesimpulanya, melihat kepada princian yang luas itu membolehkan kita membuat suatu kesimpulan bahawa apa yang dimaksudkan dengan perkataan politik dalam konsep Barat adalah merupakan satu aspek dari perkataan siyasah di dalam politik Islam.































5.0         ASAS-ASAS POLITIK
5.1         Barat
5.1.1     Perlembagaan
Menurut C.A. Leeds (1968), bahawa dalam membentuk satu pentadbiran di Barat dan juga kawasan Eropah, satu penggubalan Perlembagaan adalah model asas dalam pemerintahan dan juga pentadbiran. Perlembagaan ini menjadi satu rujukan bagi menyelesaikan pelbagai perkara demi keharmonia rakyat. Di sini jelas kelihatan bahawa perbezaan yang jelqas dalam dua sistem pemerintahan ini.
Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip dasar yang mengasaskan sesebuah negara. Ia juga dianggap sebagai mencorakkan bentuk pemerintahan yang diperkenalkan serta menyatakan adat proses perundangan di negara Barat khususnya walaupun kebanyakan Negara lain termasuk Negara Islam mengguna pakainya. Ia adalah satu sistem undang-undang yang dirangka dan dibentuk oleh manusia. Oleh itu, terdapat pelbagai masalah dalam sistem perlembagaan pada beberapa perkara.
Pada abad ke 18, tujuan utama perlembagaan dibuat diragui sama ada ia jujur atau tidak ataupun sama ada ia diperkenalkan hanya untuk kepentingan golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun, keadaan ini sudah berubah dan ramai mula yakin terhadap kesungguhan perlembagaan.
Pada dasarnya, kita dapat melihat bahawa perlembagaan wujud melalui asas kepercayaan kepada kebebasan yang menyebabkan manusia cenderung kepada penyalah gunaan kuasa. Bagi kebanyakan manusia yang bebas, dia tidak mempunyai nilai dan tidak berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan. Oleh itu, perlembagaan telah memutarbelitkan ideologi liberalisme, individualisme, dan rasionalisme yang menyebabkan kebebasan individu bertukara menjadi kebebasan yang dikawal oleh undang-undang. Seandainya pembuatan perlembagaan dikatakan sebagai proses yang berterusn, ini adalah bukti bentuk kerajaan pada hari ini.

5.2         Islam
5.2.1     Syariah
Syariah merupakan asas kedua bagi pemerintahan atau politik Islam. Oleh sebab Allah merupakan pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini, dialah juga yang paling arif tentang segala keperluan yang dapat menyempurnakan kejadian ciptaan-Nya aiitu alam amnya dan manusia khasnya. Salah satu penyempurnaan alam dan manusia ialah peraturan atau undang-undang yang menetapkan perjalanan alam yang dikenali sebagai syariah islamiyah. Syariah islamiyah merupakan undang-undang yang terbaik untuk manusia kerana ia digubal oleh pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan dalam ayat yang berikut:
“Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?...” (Surah al-Baqarah : 107)
“...serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya...”(Surah al-Furqan:2)
5.2.2     Aqidah
Aqidah Islamiyah ialah tunjang pemerintahan atau politik Islam yang paling utama. Berasaskan aqidahlah pemerintahan atau politik Islam dibina. Aqidah Islamiyah menjelaskan bahawa hak pemerintahan sebenarnya merupakan hak mutlak Allah s.w.t. Hal ini bertitik tolak daripada hakikat bahawa alam dan segala jenis isi kandungannya merupakan ciptaan Allah s.w.t dan Dialah pemiliknya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud :
“dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar...” (Surah al-An’am)
“...katakanlah, “Allah jualah yang menciptakan sesuatu, dan Dialah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.” (Surah al-Ra’d: 16)

6.0         SUMBER-SUMBER PEMERINTAHAN
6.1         Barat
6.1.1     Republik
Ketua Negara kerajaan yang bercorak republik adalah presiden. Jawatan presiden bukan diwarisi seperti dalam sistem monarki, tetapi dipilih oleh rakyat jelata. Ketua republik tidak memegang jawatan tersebut seumur hidupnya. Beliau hanya memegang jawatan itu sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan. Kadang-kadang ketua republik hanya memegang jawatan sebagi ketua negara.
Kadang-kadang ketua republik hanya memegang jawatan sebagai ketua negara, iaitu bidang kuasanya tidak melebihi raja berperlembagaan. Contoh ketua republik sedemikian adalah India, Jerman Barat dan beberapa buah negara lain. Terdapat juga corak pemerintahan republik di mana presiden atau ketua republik memegang dua tugas iaitu sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di Amerika Syarikat , di Perancis, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara. Namun demikian, terdapat juga perdana menteri yang menjalankan tugas sebagi ketua kerajaan. Presiden pula bertindak sebagai penasihat kepada penubuhan mana-mana dasar kerajaan.
5.2.2 Monarki
Monarki adalah sebuah kerajaan yang diketuai oleh raja. Corak pemerintahan jenis ini sudah lama diperkenalkan. Namun demikian, corak pemerintahan ini agak berkurangan kini dan hanya sebilangan negara sahaja yang mengamalkan corak pemerintahan yang mutlak. Antara negara-negara yang masih mengekalkan sistem ini ialah Arab Saudi, Brunei Darussalam, dan beberapa buah negara di Asia Barat.
Di kebanyakan negara sistem ini sudah pun mengalami perubatan dan sekatan-sekatan yang tertentu sudah pun diperkenalkan agar raja hanya memainkan peranan pada upacara-upacara rasmi sahaja dan tidak lagi memegang kuasa mutlak. Keadaan sedemikian telah berlaku di kebanyakan negara-negara Eropah seperti Great Britian, Sweden, Norway, Belanda dan lain-lain. Keadaan sedemikian juga telah berlaku di negara Thai, Jepun dan juga Malaysia.
Raja yang dilantik mewarisi jawatannya berdasarkan keturunan. Raja diberikan penghormtan yang tinggi dan dianggap sebagai orang atau lembaga yang berdaulat. Raja juga dianggap sebagai lambang keadilan dan baginda ditugaskan mengiktirafkan semua undang-undangyang diperkenalkan.
Dalam hal menguruskan pentadbiran negara, raja dibantu oleh perdana menteri. Dengan kata lain, perdana menteri bertindak sebagai ketua kerajaan dan raja bertindak sebagai ketua negara. Namun demikian, peranan yang dimainkan oleh raja kadangkala mempengaruhi keadaan politik. Ini dapat dilihat, misalnya, di negara Thai di mana raja mempunyai prestasi yang tinggi dan rakyat pula lebih yakin kepada raja mereka daripada perdana menteri. Tambahan pula pengiktirafan Raja Thai di mana raja mempunyai prestasi yang tinggi dan rakyat pula lebih yakin kepada raja mereka daripada perdana menteri. Tambahan pula pengiktirafan Raja thai adalah perlu sebelum seseorang perdana menteri dapat memerintah terutama semasa berlakunya rampasan kuasa. Di Great Britian juga demikian Ratu Elizabeth dianggap sebagai lebih matang dan dihormati kerana sifat-sifat yang mulia.
Corak pemerintahan beraja kini lebi tersekat dari segi bidang kuasanya. Jika dibanding dengan perdana menteri bidang kuasa mereka adalah kecil dan semata-mata memenuhi keperluan upacara rasmi dan hanya sebagai simbol negara sahaja. Di kebanyakan negara sistem ini telah pun dihapuskan dan pemerintahan seperti ini disebut republik.

5.2.3 Autokrasi
Sistem pemerintahan autokrasi adalah disifatkan sebaagi pemerintahan oleh seseorang atau satu parti. Ia dapat disifatkan dengan melihat pengumpulan kuasa dalam satu pusat, aiitu sama ada seorang, satu organisasi atau satu kumpulan kuasa. Pusat penumpuan kuasa tersebut mungkin menggunakan sepenuh kuasanya tersebut mungkin menggunakan sepenuh kuasanya untuk menekan segala tentangan terhadapnya. Ia juga menghadkan tindakan-tindakan oleh pihak tertentu yang mungkin mengancam kedudukan serta kepentingan pemerintah.
Pusat penumpuan kuasa tersebut kepada kuasa sama ada sah atau tidak semata-mata untuk menjalankan kegiatannya. Ia juga berupaya menghadkan segala penentangan terhadapnya. Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang tidak mengamalkan sistem autokrasi ia menghadkan penglibatan rakyat dalam kegiatan politik. Sistem pemerintahan autokrasi juga tidak membenarkan perkembangan berbagai-bagai kepentingan atau pertubuhan yang bercanggah dengan kerajaan atau pemerintahan. Pemegang kuasa, walau bagaimanapun tidak terhad dalam penggunaan kuasanya oleh perlembagaan. Bangkangan terhadap pemerintahan tidak dibenarkan dan dianggap tidak sah.
Dalam menentukan kebaikan dan keburukan pemerintahan sesebuah negara kita hendaklah meneliti terlebih dahulu corak-corak pemerintahannya dan sejauh mana ia telah mempengaruhi dan melaksanakan tugas-tugas sebagai pemimpin. Memang  telah menjadi kebiasaan bahawa setiap pemerintah akan mengahadapi suasana yang kadangkala boleh menyebabkan rakyat berpihak kepadanya dan kadangkala boleh menyebabkan pemerintah yang zalim dan mementingkan diri sendiri. Dalam corak pemerintahan negara-negara autokrasi terdapat banyak keburukan daripada kebaikan sistem pemerintahannya.
6.2         Islam
6.2.1     Al-Quran
Menurut Dr. Mat Saad Abdul Rahman (1977), menjelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama dan terpenting bagi pemerintahan atau politik Islam. Al-quran yang terdiri daripada 6666 ayat itu membicarakan tentang segala aspek kehidupan manusia. Namun demikian, al-Quran tidak membicarakan tentang hal politik Islam secara terperinci. Hanya perkara pokok atai prinsip umum sahaja yang dibicarakan meliputi kekuasaan mutlak Allah s.w.t, pemerintahan sebagai amanah kepada manusia, pengendalian pemerintahan melalui syura, tugas pemerintah, tanggungjawab rakyat dan sebagainya.
Menurut Dr.Mat Saad Abdul Rahman (1984) lagi, ayat yang disebut dalam Surah an-Nisa’,ayat 58 hingga 59 menjelaskan tentang tiga perkara iaitu:
a)    Ketua Negara Islam sebenarnya merupakan pemegang amanah Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Dengan amanah itu, dia bertanggungjawab untuk melaksanakan syariah Islamiyah dan berusaha untuk kesempurnaan hidup rakyat.
b)    Badan kehakiman pula bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan dalam kalangan rakyat.
c)    Rakyat pula bertanggungjawab untuk menumpahkan segala kesetiaan dan ketaatan kepada ketua Negara kerana dia merupakan pemegang amanah Allah s.w.t dan Rasul-nya.

6.2.2     Al-Sunnah
Al-Sunnah ialah segala yang datang daripada Rasullah s.w.t sama ada perkataan, perbuatan atau perakuan baginda. Ia merupakan sumber pemerintahanna atau politik Islam yang kedua selepas al-Quran. Al-Quran menggariskan prinsip pemerintahan Islam secara umum dan al-Sunnah merupakan pentafsirnya. Ia merealisasikan apa-apa yang digariskan oleh al-Quran. Justeru itu, kedudukan al-Sunnah sebagai sumber pemerintahan politik Islam tidak dapat dipertikaikan.
            Al-Sunnah merakamkan proses kelahiran Negara Islam sepenuhnya yang bermula dengan dakwah secara sulit setelah Rasullah s.a.w menerima wahyu dari Allah s.w.t perkara-perkara yang dititikberatkan ialah ajaran aqidah dan akhlak iaitu jiwa, menguatkan peribadi dan mementingkan kebajikan jama’ah mengatasi diri sendiri. Mereka yang menjadi sasaran utama dakwah Rasullah s.a.w pada peringkat ini ialah isteri, keluarga dan sahabt baginda yang terdekat.

3 comments:

  1. Perintah Allah ke atas orang Islam jikalau musuh-musuh melampaui batasan kemanusiaan asal dicipta BOLEH DIPERANGI PERTAHAN DIRI DAN AGAMA

    ReplyDelete