Alhamdullillah....pertama sekali aku panjatkan kesyukuran yang teramat tinggi buat kekasih sejati, Allah swt kerna telah memberi rezeki sebelum ini, sekarang & akan datang...kini aku telah berada di sekolah. Ya! di Sekolah KebangsaanPekan Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah. Hampir 8 bulan aku "dilantik" penganggur setia di rumah dan hampir mula berputus harapan namun aturan Allah swt adalah aturan yang terbaik!
Selama 8 bulan itu aku pernah menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2. Banyak perkara yang aku belajar di sana terutama ketahanan emosi & "kewajaran fikiran" dalam "bermain idea" dengan murid sekolah menengah & aku bersyukur di tempatkan di sekolah rendah.Aku merindui anak muridku di sana. Semoga anak murid menjadi anak yang berjaya, soleh, serta berbakti kepada ibu bapa di dunia & di akhirat. Amin.
Kini aku di Sabah, tinggal bersama dengan seorang Cikgu yang sudah lama berkhidmat di sini, orang panggil Ustaz Zamari. Lagi, seorang senior aku, yang aku panggil Abg Ihsan( x sangka akan tinggal dengan senior) dari kelantan jugak bha,hehe. Bersama-sama aku datang masuk posting sama-sama adalah Tajul Fattah namanya, dari negeri Terengganu. Dia guru Tesl.huhu (aku panggil dia SIR TAJUL,haha). setakat ini semuanya baik-baik saja. alhamdullillah...
DAN... sebulan sahaja lagi aku akan balik untuk sambutan hari raya di kampung! Yahoo! Esok malan sudah bermula terawih dan lusa mula puasa. Nak kata 1st time berpuasa di negeri orang, dah 5 tahun 1/2 aku berpuasa di maktab di bangi, jadi in sya Allah tiada masalah untuk kali ini berpuasa di Sabah.
Setakat ini, persekitaran sekolah sangat ok, guru-guru pun baik, kemudahan sangat lengkap sebab sekolah & rumah sewa aku berada di bandah. Alhamdullillah...syukur...tapi aku terharu & bangga dengan kawan2 aku yang ditempatkan di kawasan pedalam, P2 & P3, yang sanggup & sabar untuk naik sampa/perahu/bot ke jeti untuk sampai sekolah, guys, i'm proud with u ollz!!!
k lah, setakat ini saja coretan aku....(tumpang menaip di bilik komputer sekolah, aku x bawak lap top lagi,hehe)