PERSEDIAAN SEBELUM PRAKTIKUM (CERITERA 1)
PERSEDIAAN DIRI
1. Pastikan diri sudah bersedia untuk berpraktikum
Kata : “ Saya akan berpraktikum nanti”
Kesannya : secara tidak langsung minda akan “set” untuk praktikum & bukannya nti akan terkejut.
“eh, kenapa tetiba je praktikum ni?” Ha, ni menjadi masalah.
PERSEDIAAN ALATAN / BARANG PRAKTIKUM
1. Beli buku RPH, plastik buku RPH, folio (warna biru), separater folio = RM40++
2. Barang yang basic2 dulu seperti : -
a) pen hitam, biru, merah , warna-warni (lau nak cantik2 kan buku RPH)
b) Kad manila (2,3 helai je)
c) White board maker (sekolah skrg guna white board, so, cikgu2 kena bw sendiri)
d) kertas A4 (putih / warna-warni)
e) alatan2 untuk menggunting, mengerat, memotong (pisau lipat, gunting, gam, stapler. Salotep)
3. BORANG/ DOKUMEN :-
a) Pastikan borang2 yg diberikan oleh unit praktikum di simpan dgn baik (surat untuk sekolah, jadual pencerapan dan lain2.)
* sediakan fail yg mudah untuk simpan benda2 ni semua.
4.VIDEO/ GAMBAR/LAGU
a) Pastikan sudah mempunyai video/gambar/lagu yang boleh membantu praktikum anda. Kalau nak tahu lagu apa atau video apa yang nak download, tgk lah huraian sukatan pelajaran untuk pengkhususan masing2. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran setiap mata pelajaran ada tajuk2 nya so, senang la nak cari.
Contoh : Kajian Tempatan : Tajuk – Flora & Fauna
Lagu - Hijau (Nyanyian Zainal Abidin)
b) Kegunaan ini semua adalah untuk set induksi atau penutup atau semasa pnp berlaku.
*kaitkan juga dengan agama Islam (sekiranya 1 kelas beragama Islam) klau tak, kaitkan dengan adab moral kita sebagai manusia.
SEMASA HARI PERTAMA PRAKTIKUM
1. Pastikan membuat pemantauan awal di sekolah yang akan berpraktikum nnti.
2. Hari pertama :
a) Jumpa dengan pengawal keselamatan sekolah (senyum & perkenalkan diri dgn ringkas)
b) Tanya pejabat di mana.
c) Tiba di pejabat : Bagi salam, senyum dan sapa la sesiapa yang ada dalam pejabat dengan panggilan yang sopan.
d) Jumpa dgn guru besar .
e) Sekiranya perlu ke perhimpunan dan diminta memperkenalkan diri, pastikan buat perkenalan diri dengan ringkas tetapi padat. Contoh : Nama, asal, dari ipg mana dan ajar subjek apa untuk praktikum kali ini.
f) Sentiasasenyum dengan semua warga sekolah
g) Berbincang dengan GB /PK 1 tentang aturan jadual waktu – subjek apa & bilangan waktu (tertaluk kpd surat)
h) Klau dah dpt jadual, tengok lah kelas mana & minta dgn keizinan guru yang mengjar subjek yang akan kita ganti untuk masuk ke kelas dan membuat sesi berkenalan dengan murid semasa di dalam kelas.
i) Tanya guru yang mengajar subjek tersebut sampai manadah dia ajar utk memudahkan kita menyambungi pengajarannya. Sebelum itu, minta pinjam Rancangan Pengajaran Tahunan untuk subjek tersebut dan fotostat kecil untuk di masukkan dalam buku RPH. (minta dengan cikgu yang mengajar subjek tersebut)
j) Sediakan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran untuk subjek tersebut.
SEMASA PERKENALAN DIRI
1. Pastikan riak wajah anda sentiasa tenang, sedikit tegas dan sedikit mesra. (susah kan?takpe, nti belajar & berlatih)
2. Tanya ketua kelas, berapa bilangan murid & pastikan mereka dalam keadaan terkawal sebelum memulakan sesi berkenalan.
3. Perkenalkan nama dan maklumkan bahawa anda yang akan menggantikan cikgu yang sepatutnya ajar subjek tersebut.
4. Minta murid mempernalkandiri seorang demi seorang.
5. Maklumkan peraturan kepada murid setiap kali waktu anda tiba.
Contoh : bila anda masuk, murid perlu bangun dan member salam dalam keadaan semua dah bersedia. Selepas itu, baca doa dan duduk.
Contoh : semasa anda bertanya, atau murid ingin bertanya soalan atau mengemukakan pendapat sila angkat tangan untuk tidak mewujudkan suasana yang hiruk pikuk.