Assalamualaikum....
Dah lama dah aku tak update blog aku ni...bz katakan (buat2 bz)...mcm2 aku nk citer tp nanti lah aku citer coz bnyk sgt aku nk update....hehe...yg blogger2 lain..good luck whatever u do k! =)
Saturday, April 30, 2011
Monday, March 28, 2011
Tidak, Lama, Dapat....
Tidak lama bicara mengundang kecewa,
Tidak lama bersua menjemput duka,
Tidak lama bersama sepi terasa,
Tidak lama berkata diam seribu bahasa...
Lama jua pendam rasa,
Lama jua pendam kata,
Lama jua pendam masa,
Lama jua pendam cinta...
Dapat jumpa gembira terasa,
Dapat bersua bunga dijiwa,
Dapat berbicara baharu bahagia...
Tidak lama bersua menjemput duka,
Tidak lama bersama sepi terasa,
Tidak lama berkata diam seribu bahasa...
Lama jua pendam rasa,
Lama jua pendam kata,
Lama jua pendam masa,
Lama jua pendam cinta...
Dapat jumpa gembira terasa,
Dapat bersua bunga dijiwa,
Dapat berbicara baharu bahagia...
Wednesday, March 16, 2011
BICARA KASIH & SAYANG MANUSIA
Tiap manusia itu ada rasa untuk disayangi,
Tiap manusia itu ada rasa untuk dihargai,
Tiap manusia itu ada rasa untuk diingati,
Tiap manusia itu ada rasa untuk dikasihi,
Namun tidak mampu untuk memiliki...
Walau dunia menjadi gelap,
Walau laut bertukar beku,
Walau gunung menjadi tanah,
Tidak hilang rasa sayang manusia itu...
Itulah rasa lumrah yang manusia dapat dari Illahi
Rasa sayang dan kasih sesama manusia...
Tiap manusia itu ada rasa untuk dihargai,
Tiap manusia itu ada rasa untuk diingati,
Tiap manusia itu ada rasa untuk dikasihi,
Namun tidak mampu untuk memiliki...
Walau dunia menjadi gelap,
Walau laut bertukar beku,
Walau gunung menjadi tanah,
Tidak hilang rasa sayang manusia itu...
Itulah rasa lumrah yang manusia dapat dari Illahi
Rasa sayang dan kasih sesama manusia...
Tuesday, March 15, 2011
HANYA PERKONGSIAN “PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF”
1.0 KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.
1.1 Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :
1.2 Persekitaran Psiko-Sosial
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi.
1.3 Peraturan Bilik Darjah
Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.
1.4 Rutin Bilik Darjah
Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas.
2.0 KONSEP BILIK DARJAH
Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirri-ciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran.
Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah.
Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi adalah satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup).
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran.
2.1 Bilik Darjah Yang Kondusif
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa.
Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.
HANYA PERKONGSIAN “KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA”
1.0 PENGENALAN
Rakyat Malaysia bertuah kerana tinggal dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama.Kestabilan yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
Masyarakat pelbagai kaum menjalin bekerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjanjikan persekitaran negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Untuk mencapai keadaan yang sebegini, rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat tranformasi dalam usaha mencapai persefahaman yang jitu ke arah memupuk perpaduan kaum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.
Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
2.0 PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini.
Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.
Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan.
Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah.
Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia kelika itu.
Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini bererti bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.
3.0 RANCANGAN / DASAR KERAJAAN DALAM EKONOMI DAN PENGLIBATAN ETNIK
Menurut Shamsul Amri Bharuddin (2007) mentafsirkan, dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan-perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960 -an dan 1970-an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti dasar Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembgan ekonomi dunla pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas dasar -dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara.
3.1 Isu-isu Utama Ekonomi
Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik.
3.2 Pertumbuhan dan Agihan
Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Isu agihan kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, Apa yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat Di Malaysia, Isu agihan pendapatani ni dapat dilihat dari dua sudu pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.
Saturday, March 12, 2011
Muhasabah...
Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.
by Ridzuan Rahman on Friday, March 11, 2011 at 11:56pm
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.
Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
Friday, March 11, 2011
DOA SAHABAT UNTUK SAHABAT (KHAS BUAT SAHABAT2 ~ TEMAN2 BAIK,KULIAH, JPP,)
Keriangan sahabat pengubat duka,
Kesedihan sahabat penguat jiwa,
Keceriaan sahabat pemberi makna,
Kelukaan sahabat mencipta rasa,
Sahabat,
Ikhlas ini diberi tanpa kata,
Jujur ini dikongsi dengan bicara,
Kasih ini dicurah penuh bahagia,
Selautan sayang menguat jiwa,
Sahabat ,
Akan kita tempuh semua dugaan
dengan kekuatan jiwa,
dengan semangat waja,
dengan tabah dibina,
Agar kita sama-sama mengalami
suka dan duka dalam
perjalanan hidup di dunia dan...
menuju ke sana...
Nukilan : putranamza
1;12 a.m/ 12 mac 2011/ B325
Subscribe to:
Posts (Atom)