Monday, January 31, 2011

BiCaRa PaDa HaKiKat

Kerak bumi marah terhimpit
Hijau bumi kini menjadi kuning gersang
Biru laut kini menjadi hitam pekat
Zarah udara bersih kini diselimuti debu-debu kotor
Zon aman dipecahi laungan ganas
Tanah sejuk disiat-siat menghembus darah
Tangisan manusia hanya melodi duka
 Tangisan alam hanya irama nestapa
Si kecil menangis mengenang nasib
Si tua kecewa mengenang jasa
Para remaja makin terleka
Mengejar nafsu tiada tamatnya
Makin cinta pada sang dunia
Menghembus nafas-nafas dosa
Riak bangga dengan bicara
Lupa pada mereka yang tua...

doa termakbul orang tua berduka!

Terhenti denyut rebah sendiri
Jatuh tersungkur sakit menghentam!
Mana kawan dianggap setia?
Mana duit menjamin nyawa?
Mana wanita sebagai penjaga?
Mana itu semua wahai si derita?!

Mungkin ada pintu untuk kau buka...
Jikalau ada...
Jangan persiakannya kerana tak akan ada kali ke dua!

Nukilan : azman 12:37 a.m (1 Februari 2011)-Bangi-Bilik 325

Saturday, January 29, 2011

CeRiTa SeRaM bAb 1 di aSrAmA leLaKI

Tepat pada pukul 1.20 pagi Rozi berjalan selamba ke tandas untuk kencing tuttt...maklum lah hujan tak henti2 dari petang tadi. Rozi mengambil cetong bekas berus gigi sambil bersiul gembira kerana kerjanya sudah selesai esok hanya bentang je. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan amat dingin... terasa sejuk membungkus badannya yang gemuk dan gelebeh sedikit comel...Dia melangkah dan terus melangkah melepasi satu persatu bilik di ruang tengah asrama. Kebanyakan lampu jalan asrama sudah ditutup kerana pelajar tidak suka tidur dalam gelap namun...mereka tidak tahu apa yang menunggu mereka dalam kegelapan!. Sebaik sahaja Rozi melangkah masuk tandas...tiba2 dia terdengar suara sayup2 memanggil meminta tolong..To..long..to..long...mata Rozi membulat, kakinya terhenti, dadanya mula berdegup kencang..dup..dup..dup..peluh di dahinya mula menitik perlahan-lahan dia cuba untuk mengintai apa atau siapa yang ada disebalik ruang basuh baju....(bersambung)...

Friday, January 28, 2011

KePuTuSan

Aslm...sebut tentang keputusan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam perbincangan kerana segala isu perbincangan akan membuahkan satu kesimpulan yang dipersetujui bersama dan ini dipanggil keputusan perbincangan. Dalam membincangkan sesuatu isu/perkara perlulah ada sikap terbuka dan berlapang dada dengan pandangan masing-masing agar tidak akan timbul rasa dendam atau rasa kecewa dalam hati. Oleh sebab itu, permulaan perbincangan perlu ada kata-kata peringatan kepada ahli perbincangan agar setiap ahli sentiasa memperingati diri masing-masing agar tidak menimbulkan suasana yang tegang dan beremosi. Memang tidak dapat dinafikan ada sesetengah individu akan berasa pandangan amat tidak berguna dalam perbincangan tersebut namun dia perlu ingat, segala isu yang diperdebatkan/dibahaskan/dibincangkan adalah proses untuk mengcungkil pemikiran semua ahli untuk membuat andaian penyelesaian, ramalan akan datang, dan membuat langkah penyelesaian yang mudah mahupun  sukar. Oleh demikian, jangan ada rasa rendah diri apabila melontarkan pendapat dan jangan mengharap semua ahli perbincangan dapat menerima idea/pendapat kita. Mungkin ada pengubahsuaian terhadap pendapat kita daripada gabungan beberapa idea ahli lain. ini dipanggil cantuman kreatif yang membolehkan kesemua ahli terlibat secara langsung seterusnya dihargai. Tuntasnya, berikan pendapat (walaupun idea mungkin tidak gila logik) dan lapangkan dada untuk terima pendapat orang lain. =)

Cerita shj...

Aslm...Alhamdullillah akhirnya mppb kpli ambilan januari 2011 sudah tamat dgn jayanya. Sebagai ajk protokol & sambutan saya ingin ucapkan terima kasih kpd ajk2 lain =) Tahniah juga diucapkan kpd ajk tertinggi mppb kerna berjya menjlnkn tugas dgn cemerlang! =) Smlm elaun dah keluar, bnyk la teksi2 yg keluar masuk, kad keselamtn di pondok jaga, semua tersenyum je...jadi, p/s : gunalah elaun tu sebaik mungkin =) Kpd semua kwn2, pelajar2 & penysrh ipg kpi, selamat bercuti & selamat kembali nti =) Jaga diri anda!

Wednesday, January 26, 2011

SyUkUr...

Lupa nk post kan yang ni...hehe..Terima kasih diucapkan kepada Ketua Editor Majalah Dewan Siswa kerana sudi menyiarkan karya saya yang tidak seberapa itu "Pesanan Untuk Semua". Terima kasih juga kpd Saudari Hasiswana Jamhuri atas smgt yg diberi dan maklumat ptg td.=)

bArU BaLiK

Aslm...tepat pukul 10.00 a.m saya smpai di kampus bersama dengan ajk2 lain dari mppb kpli ambilan januari 2011 tapi blm tamat lagi. Hari jumaat ini tamat mppb mereka. Seperti yang sudah dijangkakan, kerja kuliah perlu saya terima dengan hati terbuka =) terima kasih kpd Saudara saya Mohd Zaki Som ats p'kongsian ilmu. Kpd kwn2 kuliah saya perlukan anda utk bertanya nnti..hehehe...=) Kenangan yg tidak boleh dilupakan semasa mppb kpli, seorg peserta kurang sopan ketika berbicara & selepas ditegur pd mlm tu, dia dtg kpd sy pada pagi & berkata " Azman, i'm really2 sori about last night"..dan saya cuma katakan " Kita akan jadi cikgu, cikgu perlu bersikap seperti guru. Kita akan mendidik manusia bukannya beruk mesin". Saya fhm,manusia sering kali melakukan kesilapan begitu juga dgn saya, jadi usaha ke arah yg lebih baik itu perlu ada, agar hidup kita punya matlamat menuju ke hari penghujung zaman melalui zaman di dunia ini utk mengutip setiap amalan utk menjadi bekalan. Wslm...=)

Saturday, January 22, 2011

BiCaRa PaDa SeMuA...


Atas Sejadah CintaNya...
Dalam hujan aku berlari
Dalam kesah petir aku getir
Aku mencari damai berteduh
Namun tidak kutemui jua...

Aku berlari lagi tanpa bicara lemah
Aku berlari selaju salsabila
Aku ingin temui kasih itu
Itulah kasih yang hakiki...

Tanpaku sedar badanku hilang
Tanpaku sedar badanku ringan
Tanpaku sedar badanku dingin
Aku bicara dengan lingkaran hati
Mungkinkah Dia ingin menolongku
Adakah ianya benar?

Dan tanpa aku sedari
Aku diatas sejadah cintaNya...

Nukilan : Azman
13/11/09. 8:08 p.m. Bilik B325. Bangi.