Tuesday, March 8, 2011

CaHAYA CiNTaMU



Kulihat langit terbentang biru,
Kulihat bumi terhampar hijau,
Rasa kagum ciptaan-Mu,
Rasa cinta kumula berputik
walau diriku musafir hina
yang sentiasa menunggu cahaya
Cinta-Mu...
 Kulihat tanganku banyak menggenggam dosa,
Kulihat bibirku penuh dusta,
Kulihat kakiku sarat khilaf,
Kulihat diriku hampir binasa dalam neraka...
Ya Allah sambutlah doa kudusku pada-Mu
Doa keampunan,
Doa keinsafan,
Doa harapan...
Agar aku masih berkesempatan
untuk menghapuskan perbuatan
diriku membayang syaitan...
Kudengar merdu kasih Al-Quran mengajakku,
Kudengar laungan suci azan menjemputku,
Diriku terbuai dalam nur cinta-Mu,
Aku berdiri memandang langit,
Aku melangkah selaju kumampu,
Langkah kumencari cinta-Mu Ya Rabbi...
Ku harap diriku yang hina ini diterima-Mu Ya Rahim...


Friday, March 4, 2011

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS KOT IPG KPI


7.45 a.m
KEHADIRAN VIP
SALUTASI

Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar Bin Ahmad,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail
Ketua Unit GERKO IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang dihormati,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-Ketua Unit,

Pensyarah-pensyarah kanan,

Para pensyarah,

AJK Kejohana Olahraga Tahunan,

Seterusnya, para pelajar sekalian,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
ALU-ALUAN MC
Dari Stadium Khalid Al-Walid IPG KPI membawa anda ke “Kejohanan Olahraga Tahunan Bagi Tahun 2011”.
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam kerana datang memeriahkan kejohanan olahraga tahunan kita pada hari ini dengan bermottokan “ Sukan Menjana Satu Malaysia”.

8.00 a.m
PERARAKAN RUMAH-RUMAH SUKAN
(MC B.M)
8.20 a.m
IKRAR
Seterusnya, kita akan dengarkan bacaan ikrar Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 yang akan diketuai oleh Saudara Muhammad Khalil bin Md Yusop, Exco Sukan dan Rekrreasi JPP. Dipersilakan.
 (BACAAN IKRAR SELESAI)
Terima kasih diucapkan.
8.25 a.m
PENERANGAN GIMIK
Untuk makluman tuan –tuan dan puan-puan sekalian, persembahan gimik itu tadi bermaksud...(ada dalam teks maksud gimik)
8.35 a.m
JAMUAN VIP/BERSURAI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan Olahraga Tahunan kita akan dimulakan dengan acara Balapan Perempuan, untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Tuan Timbalan Pengarah diiringi oleh tetamu jemputan untuk meninggalkan stadium....dipersilakan...
12.45 tgh hari
KATA-KATA ALU-ALUAN
UCAPAN KETUA UNIT GERKO
Selamat datang diucapkan sekali lagi  kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2011. Setelah tamatnya acara balapan dan sukaneka sebentar tadi, maka kita akan mulakan agenda olahraga kita dengan Ucapan Ketua Unit Gerko. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail,
Ketua Unit GERKO untuk menyampaikan ucapan beliau, dipersilakan...
UCAPAN TIMBALAN PENGARAH
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Seterusnya, kita teruskan dengan ucapan ucapan timbalan pengarah. Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar Bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
PENYAMPAIAN HADIAH
(KHEMAH & PERBARISAN)
Seterusnya, kita teruskan dengan majlis penyampaian hadiah, untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Ya’akub bin Ismail, Ketua Unit GERKO diiringi oleh
Yang dihormati, Tuan Haji Rusly bin Abdullah, Setiausaha 1 KOT 2011
Dipersilakan...
PENYAMPAIAN HADIAH
(OLAHRAGAWAN TERBAIK, OLAHRAGAWATI TERBAIK, KEDUDUKAN RUMAH)
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah bagi Olahragawan Terbaik, Olahragawan Terbaik dan Pengumuman Kedudukan Rumah masing-masing.
Majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia, Tuan haji Anwar bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG KPI diiringi oleh
Yang Berusaha, En.Ya’akub bin Ismail, Ketua Unitb GERKO IPG KPI untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan.

HADIAH KEPADA TIMBALAN
Sebagai tanda kenang-kenangan kejohana olahraga tahunan 2011 kepada tetamu jemputan, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang berusaha, En. Ya’akub bin ismail ,Ketua Unit GERKO diiringi oleh Yang dihormati, Tuan Haji Rusly bin Abdullah, Setiausaha 1 KOT 2011 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia,  Tuan Timbalan Pengarah. Dipersilakan...
GIMIK
(Dalam teks-akan dibuat)
BACAAN DOA
Untuk memberkati kejohanan olahraga tahunan kita pada hari ini majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd. Asyraaf Azhar Nor Adzman, Naib Exco Dakwah, Kerohanian dan Kepimpinan JPP untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan...
NEGARAKU
Seterusnya, kita akan menyanyikan lagu negaraku. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk sama berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku sebagai tanda kasih dan cinta kepada tanah air . dipersilakan...
BERSURAI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan Olahraga Tahunan kita sudah sampai dipenghujungnya,  terima kasih diucapkan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KOT pada tahun ini, untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Tuan Timbalan Pengarah diiringi oleh tetamu jemputan untuk meninggalkan stadium....dipersilakan...

Saturday, February 19, 2011

CINTA ABADI BERSAMAMU

Dalam hitam pekat manusia sedang lalai,
Diri yang jahil merai kisah tidak ternilai,
Kisah tiada sinar, kisah tiada berpangkal,

Kisah perjuanganmu tiada penghujungnya,
Kisah hidupmu tiada seiras serupa...
Kisah sucimu menjadi penguat jiwa
Pengorbananmu tidak terhingga
Kelahiranmu umpama desiran mutiara
Menyinari ruang gelap manusia
Aku sering lupa padaNya
Aku sering alpa mengingatiNya
Ingatanmu sering ku leka
Cuba berdiri menggapai pesanannya
Cuba menyubur jiwa dengan amalannya
Namun...ku lemah dengan dugaan dunia
Ku longlai dengan nikmat yang ada
Namun ku tahu itu semua dusta...

Bulan mengambang sinarkan cahaya
Fajar menyinari bukti kuasaNya
Tiada pertama atau kedua
Tiada pengganti atau serupa
Tuhan utuskan dia pada semua
Untuk menyeru umat manusia...

Ya Rasullah...
Ungkapan ini sudah lama ku pendam,
Bicara ini sudah lama ku simpan,
Ingin ku luahkan
Ingin ku sampaikan
Aku...aku...rindu padamu...

Jiwa sucimu mencairkan ego insani
Kasih budimu melembutkan  jiwa berduri
Ungkapan bicaramu kekal sejati
Nasihat ingatanmu bawa keberkatan Illahi
Setiap langkahmu menjadi sunnah insani
Ya Rasullah...
Aku tertunduk malu...,
Aku tersungkur pilu...,
Aku terkenang dosa-dosa lalu...,
Aku rebah di hutan keliru...,
Mencari erti... cinta abadi bersamamu

Nukilan : putranamza (azman)
17/2/2011-Khamis-1:10 p.m






Wednesday, February 2, 2011

MaAf KaN akU...

Bicara kata luah terasa
Bicara pendam hati berduka
Bicara ego terguris jiwa
Bicara belit sukar diteka

Segala bicara sukar dibaca
Untuk mengerti perlu faham semuanya
Supaya tidak tersalah sangka
Agar indah setiap detik yang dibina

Maaf kata penyejuk nestapa
Agar kita sentiasa gembira
Usah simpan duka terluka
Sekali lagi maaf dipinta...

NoTa BiCarA MEsIr

Aslm...isu hangat buat kali ini ofkos la tentang pergolakan kat mesir yg sedang melanda skunk. Bila tengok ap yg berlaku di sana, rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerna senario sebegitu tidk berlaku di sini. Tapi, rasa simpati yang tidak dpt digambr apabila m'dgr rmai pelajar2 kita berada dlm keadaan yang sukar dan payah dlm m'jalani kehidupan mereka. Pada masa ini, pihak kerajaan perlu m'ambil tindakan yg cepat dan pantas agr kebajikan rakyat kita di sana terjamin. kpd pelajar Malaysia yg masih berada di sana, kami di sini m'doakan kesejahteraan anda di sana & jaga diri terutama kaum hawa. So,sama2 lah kita b'doa utk sahabt2 kita di sana agr berada dlm jagaanNya.Amin...

Tuesday, February 1, 2011

ToLonG AkU JaP

Aslm...kpd blogger sekalian, sesiapa yg ad informasi tentang PUSAT KUCING yang sanggup terima haiwan comel ni dgn PERCUMA sila hubungi saya k..=) 013-9464820